July 25, 2009

Waaa...Kagum...Hehehe...


yeahaa...tiada yang penting. hanya ingin mengetengahkan sekeping wang kertas rm50 yang

baru....hehee...sayang wooo nak guna....sebab masih lagi keras....hahaa...bak kata pepatah..

duit infak-infakkan, ibadah tambah-tambahkan...

sekian...lalalaa...

July 23, 2009

Kesakitan Menggugat Atau Mengingat

[perjalanan berpengang?ukhwah pengikat akidah saudara iman]

merenung semasa...semakin hari semakin banyak sahabat yang mula dijinakkan virus-virus demam. entah mana asalnya. dah tentu dari yang Maha Kuasa. mungkin ini rahmatnya untuk melihat kekuasaan Allah. penulis sendiri sudah mula merasai sesuatu menyengat di tubuh. lemah.

Syafakallah syifaan ajilan,syifaan la yughadiru saqaman
-semoga Allah menyembuhmu secepatnya,dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya

mengimbau semasa sem lalu. seorang sahabat yang terpaksa bertarung sakit appendiks. menambah sengatan lagi pabila semua doktor tidak perasan yang sahabat belum lagi disuntik ubat penahan sakit sebelum pembedahan dilakukan selama hampir tiga hari! Tuhan saja yang tahu peritnya walaupun penulis hanya menatap mata.

bau-bau hikmah mengingatkan sejauh mana perjalanan hidup. bukan kejayaan semata-mata. tetapi sejauh mana pergantungan kepada yang Maha Esa. adakah kita sudah cuba ?bahkan ada pula merungut kerana dikurniakan itu dan ini. walhal, ia peringatan. sudah tentu penulis sendiri alpha! Ya Allah terimalah taubatku serta sahabatku...



[sekadar selingan hati]

July 19, 2009

Pemahaman Tak Faham

[pening atau tak faham?]

hanya sekadar nak tahu dan nk kongsi apa maksud kata-kata yang membuatkan penulis pening dan keliru serta cuba mendalami...tapi...kalau ada yang sudi menambah perkongsian amat dialukan...huhu...

1. kenapa kita bahasakan "berapakah tahap kecerahan cahaya ini?"...sedangkan kita tahu yang ia mampu mendapat jawapan sebagai "gelap".

2. kenapa kita rasa macam perlu memakai pakaian adat/budaya sesuatu kampung pedalaman sedangkan mereka yang nak pakai pakaian seperti kita...

3. sebenarnya perasaan cemas sebab tak faham sesuatu adalah perkara yang baik sebab sekurangnya kita dah faham mana satu perkara yang kita faham dan tak faham...

4. kenapa kita tetiba bagitahu rakan untuk membeli barangan di kedai yang lebih murah sedangkan duit yang dia nak gunakan bukannya duit kita pun!!

5. membaca sebenarnya bukan hanya sekadar buku/majalah mahupun artikel saja, sebab melihat pergerakan juga diistilahkan sebagai membaca pergerakan!

6. "sila pastikan air tersebut telah panas"....sedangkan kita tak tahu pun berapakah tahap "panas" atau "sejuk"

hehehe....bincangkan....

July 15, 2009

Oooo...Basikal Tua

yeah...walaupun jejakan kaki di bumi johor untuk sem ke-V ni baru 2 minggu, tapi tangan-tangan rakanku kian mengaut basikal-basikal baru. ya....duit mencurah rasanya. peminat-peminat setia basikal ni semakin tunjukkan belang!!wah...Si Putih, Gagah Hitam, Sang Merah....masing-masing mengambil tempat 'parking' selesa.ya, dah tentu mencuri perhatian mata-mata.

basikal leRun tuaku masih tersadai di makan sengat karat bertampok di belakang rumah.kedai besi buruk?oh...kenangan berbasikal ke sekolah beramai-ramai masih lagi terlekat di jiwa. biarlah ia tua begitu....

ermm...basikal tuaku tak mampu nak tanding dek basikal diraja sahabat-sahabat ku itu. ya. basikalku adalah basikalku.basikal mereka milik mereka.keh3...

July 13, 2009

Perjalanan Kini

dah lama tak menjenguk blog ni....yela...internet susah sangat nak ada.ni pun baru je berjaya ada. itu pun hasil biro ICT Kolej Perdana UTM tuk sesi 09/10 semI ni...En Muhamad Anwar bin Ismail.terima kasih diucapkan.hehe...maaf la sebab menimbulkan prasangka blog ni dah makin bersawang la...huhu...untuk sesi sem baru ni...perjalanan penulis masih lancar...keadaan jB yang sering hujan pun membuatkan mata-mata tidur menjadi hebat dan perkasa. menambahkan impak-impak merebaknya wabak H1 atau secara praktikalnya...selesema...[bukan h1n1 yer...]

walaupun menghampiri zon 'study' awalan. kerja-kerja pembaikan persahabatan dijalankan...setelah hampir 2 bulan bersengkang di rumah...maka, sesi orientasi dengan sahabat UTM dijalankan,bukan setakat dekat UTM, bahkan di luar-luar kampus[banyak jejalan plak]...keh3~...

permulaan selangkah dikarang gah....[selalunya mengorak lngkah la...hehe]....sebelum terjatuh terus terduduk...

June 29, 2009

Saki Baki Atmosfera Kota Jaya

[masalah pawagam yang sesak dengan peminat transformers-gambar hiasan...:p]

cuti dah mula nak habis.panggilan U terpekik-pekik rasanya.adeyh.bingit.minggu cuti sekerat yang tinggal ni tuk menghabiskan saki baki yang ada.siapkan apa-apa yang patut[walopon kekerapannya cuma mengenjakkan diri depan komputer]...selesakan diri.

persiapan minda peperangan dah kena mula di asah[yang membuatkan selalu terkandas di medan perang exam!]...tak pa...asalkan gerak tangan minda berputar.biar asal atas pagar[sebab pagar tu tinggi...kalau jatuh..rendah jadinya...hehe]...tapi...nak ke selalu macam tu??!!owh...pandai pulak sebut TAK!

maka?jalan kaki tanya mengapa...terus jatuh.gagal berkali-kali bukan gagal selamanya[pepatah yang dah boring!!]...tapi selangkah mara,kejayaan miliknya[pepatah yang hampir sama boringnya..cuma di ubah suai...].

tapi bagaimana?!entah...yang tahu cuma mereka...yang menang selangkah jaya.jadi kita?ikut urutan, ibadah bersama.ambil jalan mereka berjaya.sebab kita tahu, siapa pegang ibadah utamanya, ilmunya pengiring karibnya,asal mampu membawa bersama!!

June 26, 2009

Silap Makan~mabuk!!

penulis nak ketengahkan cita binatang plak.ade ke binatang mabuk...adoyaiii....maapla...video ni dalam bahasa kenya...huhu...xpe...binatang tak pandai cakap...nengok je la...huhu...maka...janganlah memabukkan diri anda!~

June 24, 2009

Pabila Panggilan Lif Tersangkot

[lif yang boleh tahan la slalu wat hal...]

penulis ada terima satu email ni....bicaranya tentang TRAPPED IN A LIFT!! yela...khas tuk warga-warga kolej perdana yang ada 9tingkat gak la kan.sebab penulis pon dudok ctu.memandangkan utm pun dah panggil penulis balik.adeyh.

One day, while in lift, it suddenly broke down and it was falling from level 9th in really fast.fortunately, i remembered watching a tv program that taught you must quickly press all buttons for all the levels.finally the lift stopped at the 5th level.maybe in mind only "waiting for die!"

but,there tips for that situation
1.quickly press all buttons of all level

2.hold on tight to the handle [tapi lif KP xdak plak yang ni]

3.lean your back and head against the wall forming a straight line

4.bend your knees


reasons

1.when electricity supply is being activated, it will stop the lift from falling further

2.it is to support your position and prevent you from falling or getting hurt when you lost your balance

3.leaning against the wall is to us
e it as support for your back/spine as protection
4.ligament is a flexibel connective tissue. it can be attached to the bond part of the activities, but limit the scope of their activities in order to avoid injury. thus, the impact of fractured bones will be minimised from the severe pressure during fall.

kepada warga pembaca yang duduk lagi tinggi cam KLCC tu lagi la kena amik tau yer.tak pun tuk warga yang dah memang pemes asyik telekat je dalam lif.asal lif rosak je,ada la muka dia dalam lif tu.hakhak~...[ala-ala KLCC kan...hasil kerja kakitangan sahabat penulis.lalala...tahniah sampai dapat A subjek ni]

p/s: tingkat yang dinyatakan telah di ubah suai penulis mengikut situasi yang lagi bagus memandangkan asalnya adalah lebih tinggi!!

June 20, 2009

Lepasan Poli, Matrix, Form6 vs Kerja.Gawat.

Suasana dah mula makin tunjuk bahang panas sekarang ni.mana dengan jerebu serang lagi.hmm...sekitar jam 09:30 20jun dah keluar bawak mak pegi klinik swasta.klinik doktor dari usm katanya.perempuan.hmm...macam biasa...lutut sakit...katanya dah makin sesuai makan ubat dari klinik tu...kurang sikit...mana taknye...sembuh sehat dari Allah.

wah....ramai dah nunggu giliran.mana pulak aku nak duduk ni...adoi...naseb da sebijik meja lengkap ngan kusi depan klinik ni.sapa punya...entah.rumah xdak pon.sedap.datang pulak pak cik sefamili.katanya,anak nak buat medical checkup...panggilan u.lepasan diploma dari poli.perempuan pulak anak dia.boleh tahan jugak.lepak skali satu meja lengkap ngan maknya.adeyh.gundah gulana plak di watnya. "dapat jurusan apa?",saja try tanya kataku..."mekanikal...btol2 mekanikal...pure..."....waw!terkejut gak aku diwatnya...yela...perempuan dari poli melekat kat UTHM bidang mechanical pure.respect!

bunyik runut makcik tu cakap.."sekarang ni panggilan budak-budak matrix dah makin kurang.banyaknye dari poli".aku angguk.benarkan katanya kerna pelajar matrix macam aku tak semua yang hebat d u berbanding poli yang memang mantap."budak-budak form6 lagi hebat...banyak yang masuk rasanya kalini",sambutku teragak-agak.tapi memang tak nafi.di u, budak poli ngan lepasan form6 memang hebat.mungkin dah tahu selok belok cara belajar.tak semacam matrix.lecturer bagi.ambik.tak bagi,terkapai-kapai.

sembang punya sembang ngan mak ayah dia sefamili.rancak jadinya.akaknya dulu masuk UITM.farmasi.tak abis blaja,terus kluar.dah dapat keja katanya.senang.zaman skank ni,bukan senang ngan ekonomi gawat...hmm..."nak sambunk belajar ke g kerja?",kata pakcik tu sampai sikit tersentak aku...."keja la"....curik hati sikit.katanya sebelum soalan di lemparkan padaku...lebih baik kerja.tak kan pulak terasa nak kata belajar.yela...dah termakan kata-kata pujangga pakcik tu plak.

adeyh...panas mkin memakan kulit aku.ngan kluarga yang ntah dari mana datang maseh d depan mata.segan.peluh dah mula jinak-jinak jalan merayap.hah.naseb baek mak dah mula berjalan perlahan-pelahan ke kaunter.ambil ubat.siap RM32 diminta.bayar.lengkap salam ngan pakcik sambil mak ngan makcik dan anaknya.maseh tunggu giliran kesesakan pelajar u yang ramai buat medical checkup.pulang terus dengan kereta yang aku pinjam dari abangku.sengaja.

June 18, 2009

Danbo-chan

[jln2 kota raya]

ats prmntaan mmbr tuk mng'upload' gamba robot...actually, i copy this from another man...y nk d kenali sbg..."packlesswolf"...xbrapa nk knal n bleyh kata xkenal lngsung pn...sbb dia pn share kt stu web...huhu...so...jom kta kongsi2...nama box robot kawaii(comeyh dlm bhsa jepon) ni...Danbo-chan....

just wanna 2 share wit u al...take it easy...

P/s: kalau nk copy...click dlu gamba bg besar...then save it...slamat mncuba...n melihat...hehe

[wit flower][sad][take a shower]
[jalan2...][ayyyakk...lari2][hahaa...makan budokk][drinking][errmmm...]

June 17, 2009

elnino ke elnina?

[bes gak tanpa pemanasan...]

WAH...hebat btol thn ni...mslh ekonomi sedunia...mslh politik(thn ni je ke?)...mslh global warming lg.penang ataw wilayah negeri kecil...tp byk ngn sawah..pergghh...mmg agak panas nan mmbara btol....jus nk tekankn kali ni tntng el nino atau "kedatangan kanak2 lelaki"...dh mula nk tunjuk belang skank ni...mungkin dijangka antara thn terpanas...hmm...da pmbrita kata...bln ramadan(y smemangnya brmaksud tergolong ngn panas) adlh hampir sama ngn shbt kita kt tanah arab nnt bla posa...hmm...cabaran nih...yeah!dh mula skank ngn kempen2 jimat air...minum air byk la...8gelas sehari or 2L sehari...(cm ne nk jimat ni law kna minum air byk...adeyh...)...tp...yela..lepas el nino ni...akn timbul la..shbt baek dia...el nina..."kedatangan kanak2 prempuan"...hmmm...dh kemarau jer...ujan la plak..biasa la...sumer negara asia pasific rasa bnda nih...masalahnya...knapa el nina ni pompuan n ujan?sbb kuat nangis kot...haha...(sila pstikan anda tidak terasa yer..huu~)...

[peace]-1malaysia...hoho~