January 30, 2010

Mengimbau Gerik Perak


musim teringat member lama...

yeah...member yang dari sebelum tadika sehingga sekolah rendah dengan naik bas sama-sama seawal pagi
kena kejar anjing 2,3 ekor pagi-pagi juga bersama
main guli, gasing, panjat pokok, cari durian...boleh kata semua macam mainan bagi kanak-kanak...semua mencuba
dan ada jugak sekali tu...cuma kami 3 orang murid tahun 2 yang pergi sekolah...ish
yang sepatutnya sekolah tu dapat cuti...hahaha...kenangan...rasa macam segar sangat
tuk imbau kenangan-kenangan tu semua.
sayang...sekeping gambar...langsung tak pernah difikirkan dahulu..

yaa....masing-masing kini dah bawak haluan..
aku...di menara gading yang bertungkus di sini...skudai
syazwan roslan sedang bermain di bawah pasukan negeri perak dalam bola sepak di ipoh
firdaus kadir yang kuat berniaga membantu ibubapa di gerik

semua kini berpecah...tidak! bukan berpecah
tapi membawa haluan masing-masing...
faktor keluarga....mahupun faktor yang terdorong dari kemahuan dan cita-cita

asalkan...agama...semoga sentiasa menapak abadi di hati kami...
masing-masing pun tiada masa untuk berjumpa...
yaa...entah...hampir 7tahun seingatku...terus tidak bersua...

cuma tadi...terpanggil bertanya khabar...alhamdulillah...masih dikurnia sihat sejahtera
alhamdulillah....

semoga kalian sentiasa dirahmati Allah seluruh keluarga...

January 27, 2010

Just Go Do It

bila sejenak pemikiran aku melilau...hairan...risau terasa seperti sesuatu hilang. semakin jauh...tapi bila aku mula mencari...ia makin samar, sebenarnya apa yang aku mencari?!! duitku? kawan-kawan melepak? barang makananku yang tinggal tak seberapa?
entah...

ahhh...aku masih mencari...ya...semakin hari semakin aku tak ketahuan....bila aku lihat orang-orang keliling yang sering amalkan perkara itu dan ini...aku rasa seperti nak sahaja berada disitu...menggantikannya...tapi...ah...kenapa aku masih disini?entah apa yang aku buat.bertujuan?bermatlamat?

yaa...aku perlukan sedikit hari lagi untuk menjadi seperti mereka.tapi bila? dikelilingi orang-orang yang tinggi imannya. perbuatan mereka sentiasa berlapikkan sunnah.tenang.sabar. kata-kata mereka sering cepat menusuk jika mengalir manis bicara. yaaa...tampak tenang saja bila kemana.baik berada dalam kesesakan dunia.

tapi...aku?kenapa aku masih di sini???!bila aku perlu berlari? ya...kelihatan masjid itu merindui mereka. kedengaran ayat Quran itu mengalir dari mulut mereka.

Rasulullah saw. bersabda :
"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat
yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari
nabi atau malaikat."

gelap malam mereka dihujani sujud-sujud memohon doa.

doa Baginda s.a.w :
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.
Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan
diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
[Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani].

kadang-kadang...sering terdengar ibubapa di sekitar taliannya. malah, waktu dhuha(pagi) itu juga mereka turut mengerjakan sunatnya,solatnya.

"Kau murahkanlah rezeki yang baik bagiku.
Jika rezekiku di langit tinggiMu,Kau turunkanlah.
Jika rezekiku di perut bumiMu,Kau keluarkanlah.
Jika ia berada dalam kesusahan,Kau permudahkanlah."
[Doa selepas solat Dhuha]

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,Dhuha.
Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,
serulah (malaikat) penyeru: "manakah orang-orang
yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.""
[Al-Tabrani]

tapi aku?
hanya mengomel hujan yang menyukarkan aku untuk keluar bersuka ria.

"Kau cantikkanlah perbuatanku sebagaimana Kau mencantikkan wajahku"
[Doa Nabi Yusuf]

hanya bising panas membakar di tengah hari.
hanya menjeling kaki-kaki manusia itu menuju ke masjid.
hanya mengetuk pintu-pintu bilik untuk menukar-nukar kutukan saudara.

tapi...
pernahkah aku sedekahkan sesuatu ke jalan agamaku?

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap
tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi
siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya)
lagi Maha Mengetahui" (2:261)

pernahkah aku sedekahkan Fatihah untuk ibubapaku seawal pagi?
adakah kelilingku senang berada denganku?atau hanya bersembunyi muka?
bagaimana pula ibubapaku yang sering kerja di rumah?sakitkah?sihatkah?
adakah masjid mereka jejaki itu juga merinduiku seperti mereka?
ah...terlalu banyak...terlalu banyak...terlalu banyak!!
dari aku dengan mereka.

dan...aku TETAP TERUS BEGINI walaupun dihujani mereka-mereka SEBEGITU....??

“Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?semua jawapan itu benar,
tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”
[Imam Ghazali]

Boleh jadi kamu tidak mnyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

adakah aku?....senantiasa...




[.selingan madah perlu bersua.Just Go Do It.]

December 27, 2009

Semoga Sinar Membawa Lari


kini
sinar pagi terik mentari
melambai indah seisi dunia
muharram jelma membawa makna...

kelip-kelip dosa yang lalu
biar terus jauh berterbang
biar Yang Esa tentukannya
jangan terus kau memegangnya
tapi kerana benci perbuatannya
untuk terus mendapat cintaNya

terang siang menyingkap malam
dari bayang bersatu badan
meninggalkan seribu kenangan
demi menggapai terus keampunan

hijrah bertandang meyingkap lagi
menyusun indah pelangi kehidupan
tertabur seri segenap alam
agar membuah mekar seharuman
mencipta sejarah, mencapai matlamat
agar tertulis kejayaan disana
demi Dia, cinta padaNya.



December 18, 2009

Tahniah dan Maal Hijrah

salam....yeah. semester baru seminggu berlalu bagi pelajar UTM. alhamdulillah...kita masih gagah menjalaninya atas nikmatNya. sesi-sesi 'kecemasan' penukaran seksyen dan penambahan atau membuang subjek selesai berlangsung dengan jaya. tahniah sahabat-sahabat. tapi tujuan?yeaa...masing-masing punya alasan.

haaa...tanggal 16 dis 09 pulak...angah berjaya dapat anak lelaki sulungnya.tahniah-tahniah!! mungkin atas pengaruh drama-drama siri (ye ke?)...nama bersandarkan watak-watak baik menjadi pilihan...hehe...yeaa...maka penamaan anak mereka tu menjadi...Aidil Muzaffar Bin Saiful Adli....haa...sedap kan...mithali ada...bekerjaya baik ada...hoho~....semoga aidil membesar di jalan lurus.insyaAllah...
Aidil Muzaffar

bersama papa and mama nya

ok aidil...panggil M.A.K.C.I.K ye...

haa...abang sulung dan isterinya bersama anak-anak,M Redha Shafrizal, M Syazwan Hakimi, Faramiza Asyikin. and my mom!

sempena Maal Hijrah pada 18 Dis 09 ni...semoga kita sama-sama 'mengalami' perubahan lagi yang lebih baik.yeah~~if we never fail, we never learn. betulkah? tak kiralah...asalkan keberkantungan pada Illahi terus bertambah...kejayaan bukan matlamat utama..tapi setinggi mana pengharapan dan pergantungan pada Yang Maha Esa berkekalan. Pengakhiran yang baik lebih baik dari permulaan yang baik...tapi jika langkah di jalan yang buruk...pastikah kita mampu menepis sambil berlari ke pintu yang baik?!!...sungguh...kita masih dalam perjalanan bermusafir dan berdagang...sama-samalah menjaga tertib dan adab di tanah dunia yang dipinjamkan...

December 13, 2009

keperluan ke?


(kalau la perbezaan tu nyata...jelas...belajar mencari)

kemunculan sesi sem baru...ya...sem VI...masih ada gumpalan setahun setengah untuk ditempuh...degree...selamat terus mengekal dan menambah prestasi minda dan jiwa...yeip...

makin menjenguk hari ni...makin pula rajin kaki-kaki berjalan.....aduhh...bukannya buat apa pun...mencari-cari barang keperluan macam biasa bila nak masuk study balik...yeah!!....tapi...setiap kali beli je...ada ja bicara hati...aiyak

"mahal tak barang ni?"

"ok ke kalau aku beli?"

"ish...takpelah...barang ni bukannya beli selalu pun...."

ermm...ya...penekanan pada membeli...YES (year end sale)..ceh...terpengaruh....adeh...~_0
kadang terasa...apa pula beza barang keperluan atau kehendak...ermmm...kadang tu sampai terasa kehendak tu adalah keperluan...itu nak...ini nak...ahhh...semua bedal...! *pampers tu kerap beli sebab pakai buang...tapi..yang lain kerap tu sebabnya?...ohho...memikir~~

lumrah...jiwa ni...rasa nak je..itu ini...sampai ada teman bicara..."wah...macam air je duit aku nih"...hahaha...memang pun!!...macam mana ye nak membendung?cadangan?boleh kita kongsi sama-sama....nak kata kita semua rajin sangat membeli tu, tak tahu la...yeke? *jawab dalam hati mungkin~~...tak kisah la...tapi yang penting rasanya perlu la ada member sebelah....

"ish..tak yah la beli benda tu...tak guna sangat kot...kerja nanti-nanti boleh beli..."

"ermm...tak sesuai sangat la..."

"kalau nak ikut minat...jenuh semua kena beli"

kadang-kadang penekanan dari teman sebaya ni memang mempengaruhi habis la...cumanya...bijak memilih...mana barang...mana sembarangan...!!

November 30, 2009

Sekitar Terlintas

hmmm...dah lama tak update...bila masa pun dah makin mencangkau usia...macam-macam berubah.macam-macam bertukar.

terus kedepan.perlu.
toleh kebelakang.iktibar dan pengajaran.
masalah ditengah.jangan lari.

kekeringan otak untuk mengepost.
raya haji pun dah 13 zulhijjah dah. dengan sesuatu ruang yang kosong.pergi selamanya. tp redha perlu ada.perlu semai.

14hb dis dah nak kena start masuk belajar.yup. BELAJAR!! adeyh...persiapan?ada ke?huu~
haaa...maka?errr....


November 28, 2009

...Hari...

salam....selamat hari raya aidiladha semua ~_=

October 30, 2009

Peristiwa Yang Merubah...Kehidupan...

oktober 27,2009-hari presentation matlab aku dalam final week.dari malam sebelum tu sampai ke pagi hari...sahabat semua dah mula nampak busy dengan tentetan kerja masing-masing[susah].

sekitar 11pagi...semua sahabat satu kumpulan lelapkan mata sebentar...untuk segarkan badan bila sambung kerja yang masih bersepah nanti...yang tinggal cuma aku dan fais.tapi entah...kemana pulak dia waktu tu...

tepat 11.25 pagi...telefonku berbunyi.ah..siapa pula pagi-pagi ni telefon.paparan..."akak"...oh...tanya kabar pikiranku yang masih serabut dengan presentation
untuk petang tu...

"adik...balikk sekarang dik...balik cepat!!abah dah tak da dah..."

berderau jantung aku...!!kaku.diam.ah...terus mandi.siap-siap tuk balik.
ntah apa yang aku capai...mata mampu melihat...hati dah hilang.

"ko nak gi mana ni?siap-siap semua?"..fais mula tanya

"aku nak balik penang...ayah aku dah tak da..."ah..air panas mengalir...

dengan masalah transport.dengan kepala serabut.hati mula geram.sabar...

siap...perjalanan bas yang kena tipu sebab aku perlu direct ke penang.tapi...masuk ke KL.ntah pukul brapa pulak nak bertolak dari KL pulak...ambik orang..tuggu orang.tambah-tambah bila tak dak orang.jadi 2,3 jam.ah

taxi jadi pilihan aku.KL-Penang.

"bang...bawak laju sikit ye...urgent ni..."

bila jam 6...mentari pun mula jatuh...kian gelap...dengan hujan-hujan yang berganti,tapi mesej...
"dik...lambat lagi ke nak sampai?diorang nak kebumi dah,diorang tak nak tunggu lama-lama...nanti seksa abah.tak pa ke kalau ang tak sempat tengok?"

ah...aku tak mampu lagi...hanya berserah...air panas mula mengalir laju.sebab itu yang mereka mahukan,yang pergi perlu pergi...tapi aku?raya adalah minggu last aku tatap...aku cium sebelum kesini...

bila sampai..ya...lewat sejam.aku masih mampu bertahan bila dipeluk saudaraku yang lain,kakak dan abang-abang...tapi...bila aku terlihat wajah ibu..ah...aku tak mampu bertahan...mahu jer aku jerit...

"dik..abah dah pergi...doakan dia dik.mak tak nak tunggu lama-lama...mak tak nak abah terseksa...sebab tu mak nak tanam cepat-cepat..banyak buat baik dik...sedekah banyak-banyak tuk dia..."

Ya Allah...kalau itu jalan terbaik buat kami...aku redha...
dan jika itu jugalah jalan terbaik buatnya...Kau ampunilah dia
Kau tempatkanlah dia kalangan orang-orang beriman.kerna ku tahu hanya Engkau tempat dikembalikan serta Maha Pengampun lagi Maha Pengasih...

aku redha ya Tuhan sekalian alam...

salam terima kasih pada semua sahabat-sahabat dan pakcik-pakcik serta lecturer dari kami sekeluarga...dengan doa,semangat dan dorongan...doakan abahku...ditempatkan di kalangan para shuhada'...dan..hanya itu abahku...yang membesarkan aku sampai aku di sini......
al-fatihah...aminnnn...ya rabbalalaminnn...



October 25, 2009

Eh...Dah Lain!!




musim final dah mula berbuah...wah..dah habis study week rupanya. aku? dah habis ke study semua?waaa...hahaha...ish...macam tak!!bukan macam...tapi...yes!!

errmmm...bilik ni pun makin berseri...sahabat lain sibuk dengan siapkan assignment pagi-pagi...study pagi-pagi...tapi aku dengan roomate siap
-siap bilik[baget rajin mengemas la kan...wahaha]...settle susun perabot-perabot...[che mad si pengetua kolej mesti kagum-dia penah datang ke bilik aku nih?tak pun...huhu...]...

warga-warga sahabat yang selalu menjengah masuk bilik aku..masing-masing heran.

sahabat A: eh...bila masa plak tukar meja-meja ni...?waaa...smart-smart....

aku dan roomate: haa...smart kn...pagi tadi la...ko asyik tido jek...[keh3...]

sebab selalunya warga-warga yang jengah masuk bilik aku dulu sebelum construction ubah suai ni...bersuara...

sahabat B: eh...apsal bilik korang dua ni aku rasa besar je ha?bilik sama je kot...

aku dan roomate lagi: haa...bilik banyak nur kot...[wahahaa...punya la prasan tahap cipan!!tapi ok gak jawapan tuh...hehee...insyaAllah...]


hmmm...kemudian diorang menjengah pulak komputer-komputer...

sahabat C: eh...ooo...klu ang main YM ngan orang lain bukan main manis lagi ayat-ayat ang...tapi bila ngan aku..macam nak makan orang...agak kasar la kan...huu

aku : laaa...tu pun nak jeles...biasa la...ngan member-member...ngan ang memang dah rapat...so...rasa-rasa dah boleh faham la kan..aku melawak ke tak[even tak boleh melampau la lawak tu...huhu]

sahabat C: dah tu...budak yang ang YM tu tak rapat la pulak?bukan member baik ang ke?

aku: ish...tak semestinya dia tu aku tak rapat..ada yang member baik kot...kadang-kadang kena la layan baik-baik...tak semestinya mood diorang time YM ok-ok je...so..pandai-pandai la jaga hati...kalau diorang ni tengah angin?tak pasal-pasal gaduh-gaduh...kita bukan nampak muka diorang ni pun..ngan ang..aku nampak depan mata

sahabat C: ooo...good-good lah....idea best!!hehehe...

sama jer bila ada sahabat-sahabat yang keluar masuk dapat layanan macam anak raja dalam bilik roomate aku nih[bilik aku gak kot]....tapi...ada je yang tak pueh ati..

sahabat D: eh...apsal korang layan dia baik-baik je nih...cis..jeles siot aku..

aku dan roomate: haa...sebab dia baik la...!!hahaha...[takde-takde]....dah dia jarang datang bilik ni...mesti r kna layan baik-baik...nanti sapa nak datang bilik ni lagi...tak dak orang kan kurang berkat....kurang sikit dosa-dosa kitorang bila tetamu keluar masuk....


P/S:
-sila layan tetamu dengan best dan pastikan bilik anda bersih dan smart walaupun memang serabut...apakan daya...itu la bilik aku dan roomateku yang sedia serabut...hahahaha...
-gaya bahasa dialog hampir sama tapi tak sepersis bahasa yang dicurahkan pada entry ni

October 23, 2009

Hari Masalah



BILA SEMUA MENJADI SERABUT DAN SEMAKIN SALAH FAHAM!!!
...SEMOGA HARINI IA MAMPU BERUBAH...
AKU TAWAKKAL AKU REDHA
WAHAI TUHAN PENGATUR JALAN

October 17, 2009

Dekat Di Hatiku


Dekat Di Hatiku
Nazrey Johani

hatiku kembali tersentuh
membisik untuk pulang ke sana
di balik pergunungan itu
di laman kedamaian kita

biarpun ku jauh di sini
namun tak pernah lupakanmu
itulah sebagai tandanya
hiasan sanubari ini
hanya kau yang amat ku sayang

* andai kau dengar lagu ini
walau di mana dikau berada
yang hidup atau yang telah tiada
mengertilah wahai saudaraku
dikaulah yang amat ku rindu
yang ku sayang buat selamanya

tapi apalah daya diriku
tak terucap lagi di bibir
walau air mata mengalir
ku tabahkan demi mereka
kerna ku tahu ku kan pulang jua



....yang jauh bukan untuk dilupakan dan yang dekat bukan untuk disakitkan....
sama-samalah kita berjuang