Adakah Facebook akan terus digemari?
Kalau di Malaysia...mungkin laman Friendster dah makin susut bila Facebook menerjah...dan sekarang....laman baru pula yang datang dengan aplikasi tambahan apabila kita dapat melihat rakan rangkaian berada di kawasan mana dengan bantuan aplikasi dari Google Map.
Walaupun sebelumnya...laman sosial yang di kenali Orkut hanya kebanyakannya digunakan sekitar India dan Brazil.
Maka...laman sosial baru selain Twitter, Picasa, Flickr, YouTube dan Blogger akan menyusupi iaitu Google Buzz yang telah dilangsungkan pada 9 Februari 2010 dengan rasmi.
Orkut yang banyak digunakan di Brazil dan India.Hambar di Malaysia.
Tambahan selain dapat melihat kedudukan tempat rakan rangkaian, Google Buzz juga mampu mengupload foto semasa post dilakukan.
Rangkaian baru.Mampukah Google buzz mendapat rangking terhebat?
Tetapi...sejauh mana perlindungan privasi Google Buzz dilaksanakan belum terjawab. Dan adakah Google Buzz mampu mencuit hati pengguna supaya beralih arah atau tidak, masih lagi dalam penantian Google.
Ingat...laman-laman ini haruslah dijadikan sebagai kaedah atau cara mudah berhubung selain SMS dan call dengan rangkaian internet diperlukan dengan BETUL. Bahkan, laman-laman ini haruslah digunakan jika perlu dan tidak melampaui batas sehingga mencerca kaum/individu tetapi haruslah pada perbuatan sahaja. Sekiranya sesuatu kumpulan telah dilihat membinasakan dengan yakin...ya...memorandum mula dikeluarkan di dalam rangkaian ini yang banyak dilakukan dalam penubuhan Group menentang sesuatu kumpulan.
Semoga kita sama-sama dapat mengawal diri dengan penggunaan laman-laman ini supaya tidak terjebak dengan gejala sosial yang melampau. Oh...mungkin...jika kita berada dalam golongan 'melampau'...mungkin kita akan merasa itu masih 'biasa'...
0 comments:
Post a Comment
soksek..soksek..