April 15, 2010

Bila berStudy Group

alhamdulillah...aku mulakan

selamat jua aku menghabiskan paper final yang hanya 4 subjek yang merangkumi cukup-cukup seminggu.(wheeewwww...sambil lap peluh di dahi...) dengan lantang dikatakan antara course terawal yang berjaya menghabiskan final kat UTM(yeke? xtry check pun...:p).

memang banyak gak la aktiviti-aktiviti 'paranormal' berlaku semasa final kali ni...study group yang tempatnya besh sangat...(bukan library ok)baru la terasa macam warga universiti. mana taknya, selama ni bila duduk kat kolej yang serba serbi ada...rasa macam dah terbiasa macam tu. langsung tak ada pembaikan dalam cara menuntut ilmu akademik...bilik study beraircond ada, bilik TV, surau beraircond, semuanya complete kat blok yang sama...fuhh~

tapi bila berjauhan sikit...baru terasa 'begitu dan begini' masyarakat sekitarku yang kadang-kadang langsung tak terfikir. yela...tempat belajar kat lain..tempat semayang tempat lain...baru feel...hohoo~ 'turun padang'?OH! itu bukan istilah yang tepat untukku kerna aku bukan ketua mana-mana kelab mahupun politik...hehehe...:p

tapi...dalam proses tu...banyak aku pelajari...walau tak sampai seminggu group study tu...sangat banyak mengajar aku...ya..ilmu akademik...jua ilmu lainnya(ilmu apa????)...bilamana bercakap 'study group'...dah tentu kita punyai siapa ahlinya. ya, mungkin setiap ahli punyai objektif tersendiri.

objektif study group :

1. mungkin ada bersama sebagai langkah terbaik untuk memantapkan ilmu akademiknya yang selama ini tak sempat nak cover, so..this is the express way...

2. mungkin sibuk dengan perjalanan kerja-kerja (yang aku sendiri belum berjaya putuskan kerna masing-masing punyai urusan tersendiri...).

3. mungkin juga ada ahlinya yang hanya sekadar inginkan kebersamaan, mungkin selama ini hanya sekadar 'sembang-sembang kedai kopi' di kelas~

4. mungkin ada juga yang sememangnya sangat suka jadi sebahagian dari ahli kumpulan...walaupun dia sempat atau tak nak cover semua bab bila study group ni...

5. mungkin juga ada yang suka kerna sukakan perubahan dari tempat ke tempat(hijrah kot~), dari biasa menjadi luar biasa.

YA, semuanya punyai cara, punyai misi, punyai tujuan tersendiri. antara sama atau tidak dibelakangkan sedikit untuk mencapai group study. kan???

usaha semana yang mampu...ya...memang kejayaan yang dikejarkan tapi bukanlah ia sebagai utamanya...kerna semuanya sangat bijak menilai yang kita mencari jalan usaha untuk berjaya tapi dengan meletakkan level/tahap usaha itu sebenarnya yang akan dipertimbangkan. gagal atau jaya bukan kita tentukan.

aku selalu dengar...'manis' sangat..'indah'....tapi...

"tengok dia tu...langsung tak study...tapi bila result keluar...GEMPAK GILA!!"

"ah dia tu...study bukan main kuat, tapi result takdela tinggi manapun...biasa je"

"ala...study banyak mana pun...sama gak xleyh jawab final...huh!"

Hah...ya...masing-masing ada analisisnya...samaada mahu tergolong dalam golongan 'tidak belajar' atau golongan yang 'belajar'...mungkin kita seronok bila kita berjaya tanpa usaha...tapi seronok ke kita bila langsung tak ada nilai?sebab usaha yang dinilai...sedangkan 'berjaya' itu telah pun ditetapkan. begini...sebanyak manapun kita berusaha...jikalau telah ditetapkan rezekinya gagal...maka,gagallah. tapi jika berjaya, maka berjayalah hujungnya...yang pastinya Dia tahu keputusan mana terbaik untuk makhlukNya. tapi jangan pulak sampai langsung tak berusaha sedangkan itu yang dinilai...dan jangan pulak sampai bersangka buruk pada Dia. sejauh mana kita bergantung padaNya, ditambah dengan doa yang bersungguh dan tawakal pada Illahi itu sebenarnya...kerna kita hambaNya.

ujian itu dimana-mana. cuma tinggal pilih cara terbaik untuk ditangani. yang gagal mungkin kerna sebagai teguran atau dugaan. juga mahupun sebagai keampunan dari Illahi. berjaya juga adalah ujian, yang mampu menjadikan riak bukan kepalang!!

Okey...masuk perjalanan seterusnya...lepas final pun selesai...pulang la...heee...kalini...aku balik pula dengan seorang sahabat. kereta. wah...terasa seperti indahnya berukhwah...bila kita dapat taaruf. biarpun tak seberapa mana bagi 'mata-mata' yang tidak mengerti...tapi bila dapat diselitkan dengan hukum-hukum, teguran-teguran yang sebenarnya mampu membawa hati keras menjadi lembut...insyaAllah.

perjalanan yang sedikit panjang dari JB-KL itu sebenarnya banyak juga mengajar aku..mengajar dalam aku berfikir...mengajar aku erti kehidupan...mengajar aku dalam berurusan...juga mengajar aku dalam kebijaksanaan. juga menilai...jika dulu...jika mulut mengomel...hanya cebisan air liur tak bernilai keluar...sekadar cerita kedai kopi....tapi...bila hati diceritakan dengan kisah yang membantu dalam pembinaan 'batu bata bangunan' kehidupan, hah...seronok!gembira!...sungguh~ditambah pula bila kita kenal...kita rapat siapa yang menjadi sebahagian batu bata yang mengukuh...ah...berbeza dari hanya mendengar cerita-cerita dari mulut orang lain.

contohnya...si A ceritakan kejayaan si Dato' B yang tidak punyai ikatan. tapi berbeza dengan si C menceritakan kisah-kisah proses mencapai kejayaan si D yang sangat berkait rapat dengannya yang sememangnya si C juga terlibat secara tidak langsung....(fuhh...sila berfikiran dengan sangat luas...hehehe...=p)

oh...semoga berkekalan dijalan ini. semoga ukhwah sangat membantunya dan berkekalan. semoga keputusan final kami keputusan yang baik. semoga Allah kurniakan terbaik untuk semuanya....Aaminnnnn~....

April 05, 2010

Yang Telah Pergi Datang Kembali!!

SERAMM...Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa di mana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri!!!

Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.

Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

sumber : email

April 04, 2010

Dia Dikejar Kipas

Perkara pelik menjengah lagi....tapi tak la pelik sebenarnya. Di bilik yang tertera di atas...classmate~10 langkah je macam dah boleh sampai ke bilik ni...hehe...

haa....tu je...nampak? tertera gamba burung Raja Udang (camne dapat nama raja tu ntah)....dah pun mati kat depan bilik tu...ermm...

mengikut kajian...disebabkan beliau tersesat masuk ruang bangunan...then...burung ni mungkin menyahut cabaran kipas kat dalam bangunan tu..tapi...badan pulak yang terkena...

"Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."
[Yunus 10:56]

March 17, 2010

Nyamuk Itu Datang Lagi

ermm....kisah yang mungkin kita kurang hiraukan ketika ini. Mungkin. Tapi nyatanya...ada 4 kematian dalam kes ni hanya dalam seminggu dalam waktu berbeda. Buktinya...ada sisipan dari Berita Harian Online sekali...huuuu....

KUALA LUMPUR: Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac walaupun jumlah kes turun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan keseluruhan 38 kematian setakat tahun ini. Dr Mohd Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu "sindrom kejutan denggi". Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di "kawasan panas".

"Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama orang ramai. "Selagi terdapat tempat pembiakan, nyamuk aedes dewasa baru akan muncul dan menyebarkan penyakit. Oleh itu, amat penting bagi masyarakat memainkan peranan memusnahkan tempat-tempat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil. Mengenai penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 15 kes dilaporkan pada tempoh sama dengan penurunan sebanyak enam peratus berbanding 16 kes pada minggu sebelumnya dan tiada kematian baru. - Bernama

haaa...maka...UTM Skudai pun ada la amik gak langkah-langkah berjaga-jaga...Semburan demi semburan yang menyebabkan bukan saja nyamuk lari...ngan orang-orang skali tak tahan nak sedut udara nih. Fuhhh....menusuk perut. Tapi alhamdulillah..ada gak langkah berjaga-jaga.


beranak panah, kelihatan seperti bilik penulis...huuuu


hah!.ok.pastikan anda sempat sembunyik dari asap nih.walaupun macam tak bleh...haha

p/s: warga blok or kolej yang tak dak semburan tu...sila pastikan anda menyembur sendiri di bilik-bilik anda ye...sebab :

"mencegah lebih baik dari mengubati"....yeaaahhaaaa...

March 13, 2010

Who Work More!!!

owh...inbox ada email...kali ni tajuknya "Who Work More!!!"...terus je tepikir...wah...dah tentu para pekerja yang bertungkus lumus bekerja di negara-negara yang maju macam Jepun Korea yang sedia maklum dengan aktiviti kerja mereka sebagaimana. Ke kiri ke kanan...kerja kerja kerja...haish...!

Tak pun student-student yang banyak 'bekerja' dalam kampus. Huh dah terpikir gambar-gambar cun masa semuanya bekerja!!....

sekali yang keluar....cuma...


Girl Desk

then...

Boy Desk

hah...nampaknya email nih jauh pemikiran! bukan nak bagitau yang lelaki ni comperm-comperm banyak kerja. tapi supaya tidak perlu mengecilkan skop pemikiran walaupun rasanya dah besar bagi kita!! dijangka lain, terjawabnya lain. Hah, banyak lagi benda-benda yang tak terperasan pun bentuk-bentuk visual cam nih.

tu baru sikit tu...macam mana pulak penyampaian-penyampaian lain dalam kontek bentuk suara, video atau gambar. Tampak biasa. Cuma jangan berfikir seperti biasa. Cuba langkau sejengkal. Allah kurnia pikiran untuk berfikir. Cuma jangan sampai melanggar yang tak sepatut.
Tapi...yang tersirat lain pun ada dalam gamba ni. iaitu

"dan pakaianmu bersihkanlah", 74:4

".....Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.",9:108

yeaaahaaaa....

March 11, 2010

Memboikot Barangan Sweden

Allahu Akhbar...satu demi satu ujian yang ditimpa...kalau tidak kepada individu, tapi kepada masyarakat. ujian bukan semata-mata untuk menjatuhkan sesuatu individu/kaum/kumpulan tetapi menguji kebergantungan kepada Allah dalam melaksanakan tindakan-tindakan yang wajar serta tidak melanggar syariat bahkan akan cuba menggapai untuk lebih dekat 'berbicara' dengan Tuhan Yang Esa.

Tambahan mengenai kekacauan yang semakin kerap berleluasa sekarang dan mampu mengguris dan melukakan masyarakat Islam, kes-kes lukisan/lakaran Nabi kita, Muhammad S.A.W. terutama di Sweden. Sebahagian berita mengenainya dipetik :

Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.

Sumber : Berita Harian Online

Semoga kita semua bijak melaksanakan tanggungjawab. Tetapi ingat, segala tindakan yang dilaksanakan mestilah mencakupi tindakan yang bernas dan adil, malah bukan untuk mengharu-birukan keadaan masyarakat semasa kita di Malaysia.

March 10, 2010

Swan

LONDON - Para pengguna jalan raya kelmarin terpaksa mengharungi kesesakan lebih sejam disebabkan seekor burung swan duduk 'berehat' di tengah-tengah jalan raya di Kew Bridge, barat daya London, lapor sebuah akhbar semalam.

Lalu lintas mulai terhenti apabila burung itu enggan berganjak walaupun diusir menyebabkan pihak polis menutup satu lorong dan mengarahkan pemandu melalui laluan bersebelahan bagi memastikan burung tersebut berada dalam keadaan selamat.

Selepas sejam, burung itu akhirnya terbang dan keadaan trafik kembali pulih.

"Kejadian itu pelik kerana seekor burung boleh mencetuskan kucar-kacir kerana ia tidak mahu berganjak (daripada kedudukannya)," kata seorang saksi. - Agensi


An onlooker said: 'I was very impressed with the way the police cared about the safety of that swan.'

dipetik dari Kosmo dan bersumberkan dailymail.co.uk

p/s: itu polis dan pengguna jalan raya di sana. Hanya bila semata-mata seekor swan. Kita?[mencari penafsiran untuk diri sendiri....]

March 02, 2010

Tulang Menumpang

fuh...kemas meja...walaupun kelihatan tetap tak kemas....seperti selaluuuu...eh...tingkap kotor! tapi TERbiarkan pulak...adeh...hehe...eh2....tapi ni apa?!!

owh...tulang...errmmmm...ngat kan apela...
aik?tulang?datang mana pulak tulang comeyh ni kat tingkap cun bilik aku nih? pelik plak...owh...lupa...aku dok tingkat 3...ada 6 tingkat lagi kat atas kepala aku nih...adoih....hampeh punya orang atas....!tulang buang merata...haish.

eh...tapi...nape cam pelik sket a.k.a. unik sangat tulang nih? putih plak tuh...bole la tahan...ah...buang je lah..tulang je pun..ye....tulang....

[LEPAT: dalam wayang Santau]

then...bila jari telunjuk + jari hantu + ibu jari nak sampai je....loh!! GIGI!!! AAAAAaaaaaa....gigi mamat mana plak dah nih!!agak besar la untuk kategori gigi!!....haish....belubang plak...hadoyai...whheewwww...



[watak pertama]


[watak kedua...hehehe....adeyh!]


[jenjenjeng~]

February 25, 2010

Rangkaian Guna-Tepat ?

Adakah Facebook akan terus digemari?

Kalau di Malaysia...mungkin laman Friendster dah makin susut bila Facebook menerjah...dan sekarang....laman baru pula yang datang dengan aplikasi tambahan apabila kita dapat melihat rakan rangkaian berada di kawasan mana dengan bantuan aplikasi dari Google Map.

Walaupun sebelumnya...laman sosial yang di kenali Orkut hanya kebanyakannya digunakan sekitar India dan Brazil.

Maka...laman sosial baru selain Twitter, Picasa, Flickr, YouTube dan Blogger akan menyusupi iaitu Google Buzz yang telah dilangsungkan pada 9 Februari 2010 dengan rasmi.

Friendster yang semakin kurang mendapat perhatian setelah Facebook melayari Malaysia


Orkut yang banyak digunakan di Brazil dan India.Hambar di Malaysia.

Tambahan selain dapat melihat kedudukan tempat rakan rangkaian, Google Buzz juga mampu mengupload foto semasa post dilakukan.
Rangkaian baru.Mampukah Google buzz mendapat rangking terhebat?

Tetapi...sejauh mana perlindungan privasi Google Buzz dilaksanakan belum terjawab. Dan adakah Google Buzz mampu mencuit hati pengguna supaya beralih arah atau tidak, masih lagi dalam penantian Google.

Ingat...laman-laman ini haruslah dijadikan sebagai kaedah atau cara mudah berhubung selain SMS dan call dengan rangkaian internet diperlukan dengan BETUL. Bahkan, laman-laman ini haruslah digunakan jika perlu dan tidak melampaui batas sehingga mencerca kaum/individu tetapi haruslah pada perbuatan sahaja. Sekiranya sesuatu kumpulan telah dilihat membinasakan dengan yakin...ya...memorandum mula dikeluarkan di dalam rangkaian ini yang banyak dilakukan dalam penubuhan Group menentang sesuatu kumpulan.

Semoga kita sama-sama dapat mengawal diri dengan penggunaan laman-laman ini supaya tidak terjebak dengan gejala sosial yang melampau. Oh...mungkin...jika kita berada dalam golongan 'melampau'...mungkin kita akan merasa itu masih 'biasa'...

February 21, 2010

Bila Bunyi "@#$%V^&^!"

alhamdulillah...selamat sampai johor baharu...

nak kongsi pengalaman kosong jap...heee...macam biasa...BILA NAIK BAS....dari jeti penang ke JB...sebelah...bro chinese...pe lagi....dia pun tanya la aku..."#$%%@^*(&$#".....ntah!tak faham!sebab bahasa cina. tapi selamber je balas..."ye...seat number saya 26,sebelah kamo"...

sembang-sembang kosong la ngan dia kejap, sebelum terlelap...dari mana...still belajar ke?umur...bla3...then, ada selingan...dia tanya...

"melayu?",...haish...
"ye...melayu.kenapa?"....
"tapi muka lutak nampak melayu langsung"....heh?biar betul dia nih
"ooo...sebab mix kot"....ade mix ke keturunan aku nih?hahaha

DULU...co-driver bus nyapa....yela...nak tengok tiket time nak naik bus...

"*&^%$#@#$^&",...aduh....kna lagi...[chinese punya bahasa]
"haa...seat number 14"....
"ooo...ok2...belakang2"...mmg la belakang...depan tuk driver je...haish

kalau KAT MALL....area JB...aku ngan sorang member...muka dia pun macam chinese...aku ngan dia nyinggah masuk tengok barang2 kat kedai tu...ada la pompuan salesgirl dok tepi...aku tanya la...

"ni harga dia berapa?"...barang ape ntah
"laaa...orang melayu rupanya"...haik?aku tanya lain...dia balas lain!!!wakakaka

pe lagi...member aku yang khusyuk kelebek barang pun tergelak sekali...kah3

February 18, 2010

Hari Tanpa...


tak perasan pulak....musim kitar semula sekarang ni....

pegi mall...bila nak bayar je...."plastik tak de ye...boleh ambik kotak kat dalam rak tepi tu....free je",kata brother casher.

eh...tekejot pun ada...tapi....bila baca...HARI TANPA BEG PLASTIK.....!!! oooo....bagus-bagus....saya menyokong...yeahhh o_0