March 11, 2010

Memboikot Barangan Sweden

Allahu Akhbar...satu demi satu ujian yang ditimpa...kalau tidak kepada individu, tapi kepada masyarakat. ujian bukan semata-mata untuk menjatuhkan sesuatu individu/kaum/kumpulan tetapi menguji kebergantungan kepada Allah dalam melaksanakan tindakan-tindakan yang wajar serta tidak melanggar syariat bahkan akan cuba menggapai untuk lebih dekat 'berbicara' dengan Tuhan Yang Esa.

Tambahan mengenai kekacauan yang semakin kerap berleluasa sekarang dan mampu mengguris dan melukakan masyarakat Islam, kes-kes lukisan/lakaran Nabi kita, Muhammad S.A.W. terutama di Sweden. Sebahagian berita mengenainya dipetik :

Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.

Sumber : Berita Harian Online

Semoga kita semua bijak melaksanakan tanggungjawab. Tetapi ingat, segala tindakan yang dilaksanakan mestilah mencakupi tindakan yang bernas dan adil, malah bukan untuk mengharu-birukan keadaan masyarakat semasa kita di Malaysia.

March 10, 2010

Swan

LONDON - Para pengguna jalan raya kelmarin terpaksa mengharungi kesesakan lebih sejam disebabkan seekor burung swan duduk 'berehat' di tengah-tengah jalan raya di Kew Bridge, barat daya London, lapor sebuah akhbar semalam.

Lalu lintas mulai terhenti apabila burung itu enggan berganjak walaupun diusir menyebabkan pihak polis menutup satu lorong dan mengarahkan pemandu melalui laluan bersebelahan bagi memastikan burung tersebut berada dalam keadaan selamat.

Selepas sejam, burung itu akhirnya terbang dan keadaan trafik kembali pulih.

"Kejadian itu pelik kerana seekor burung boleh mencetuskan kucar-kacir kerana ia tidak mahu berganjak (daripada kedudukannya)," kata seorang saksi. - Agensi


An onlooker said: 'I was very impressed with the way the police cared about the safety of that swan.'

dipetik dari Kosmo dan bersumberkan dailymail.co.uk

p/s: itu polis dan pengguna jalan raya di sana. Hanya bila semata-mata seekor swan. Kita?[mencari penafsiran untuk diri sendiri....]

March 02, 2010

Tulang Menumpang

fuh...kemas meja...walaupun kelihatan tetap tak kemas....seperti selaluuuu...eh...tingkap kotor! tapi TERbiarkan pulak...adeh...hehe...eh2....tapi ni apa?!!

owh...tulang...errmmmm...ngat kan apela...
aik?tulang?datang mana pulak tulang comeyh ni kat tingkap cun bilik aku nih? pelik plak...owh...lupa...aku dok tingkat 3...ada 6 tingkat lagi kat atas kepala aku nih...adoih....hampeh punya orang atas....!tulang buang merata...haish.

eh...tapi...nape cam pelik sket a.k.a. unik sangat tulang nih? putih plak tuh...bole la tahan...ah...buang je lah..tulang je pun..ye....tulang....

[LEPAT: dalam wayang Santau]

then...bila jari telunjuk + jari hantu + ibu jari nak sampai je....loh!! GIGI!!! AAAAAaaaaaa....gigi mamat mana plak dah nih!!agak besar la untuk kategori gigi!!....haish....belubang plak...hadoyai...whheewwww...



[watak pertama]


[watak kedua...hehehe....adeyh!]


[jenjenjeng~]

February 25, 2010

Rangkaian Guna-Tepat ?

Adakah Facebook akan terus digemari?

Kalau di Malaysia...mungkin laman Friendster dah makin susut bila Facebook menerjah...dan sekarang....laman baru pula yang datang dengan aplikasi tambahan apabila kita dapat melihat rakan rangkaian berada di kawasan mana dengan bantuan aplikasi dari Google Map.

Walaupun sebelumnya...laman sosial yang di kenali Orkut hanya kebanyakannya digunakan sekitar India dan Brazil.

Maka...laman sosial baru selain Twitter, Picasa, Flickr, YouTube dan Blogger akan menyusupi iaitu Google Buzz yang telah dilangsungkan pada 9 Februari 2010 dengan rasmi.

Friendster yang semakin kurang mendapat perhatian setelah Facebook melayari Malaysia


Orkut yang banyak digunakan di Brazil dan India.Hambar di Malaysia.

Tambahan selain dapat melihat kedudukan tempat rakan rangkaian, Google Buzz juga mampu mengupload foto semasa post dilakukan.
Rangkaian baru.Mampukah Google buzz mendapat rangking terhebat?

Tetapi...sejauh mana perlindungan privasi Google Buzz dilaksanakan belum terjawab. Dan adakah Google Buzz mampu mencuit hati pengguna supaya beralih arah atau tidak, masih lagi dalam penantian Google.

Ingat...laman-laman ini haruslah dijadikan sebagai kaedah atau cara mudah berhubung selain SMS dan call dengan rangkaian internet diperlukan dengan BETUL. Bahkan, laman-laman ini haruslah digunakan jika perlu dan tidak melampaui batas sehingga mencerca kaum/individu tetapi haruslah pada perbuatan sahaja. Sekiranya sesuatu kumpulan telah dilihat membinasakan dengan yakin...ya...memorandum mula dikeluarkan di dalam rangkaian ini yang banyak dilakukan dalam penubuhan Group menentang sesuatu kumpulan.

Semoga kita sama-sama dapat mengawal diri dengan penggunaan laman-laman ini supaya tidak terjebak dengan gejala sosial yang melampau. Oh...mungkin...jika kita berada dalam golongan 'melampau'...mungkin kita akan merasa itu masih 'biasa'...

February 21, 2010

Bila Bunyi "@#$%V^&^!"

alhamdulillah...selamat sampai johor baharu...

nak kongsi pengalaman kosong jap...heee...macam biasa...BILA NAIK BAS....dari jeti penang ke JB...sebelah...bro chinese...pe lagi....dia pun tanya la aku..."#$%%@^*(&$#".....ntah!tak faham!sebab bahasa cina. tapi selamber je balas..."ye...seat number saya 26,sebelah kamo"...

sembang-sembang kosong la ngan dia kejap, sebelum terlelap...dari mana...still belajar ke?umur...bla3...then, ada selingan...dia tanya...

"melayu?",...haish...
"ye...melayu.kenapa?"....
"tapi muka lutak nampak melayu langsung"....heh?biar betul dia nih
"ooo...sebab mix kot"....ade mix ke keturunan aku nih?hahaha

DULU...co-driver bus nyapa....yela...nak tengok tiket time nak naik bus...

"*&^%$#@#$^&",...aduh....kna lagi...[chinese punya bahasa]
"haa...seat number 14"....
"ooo...ok2...belakang2"...mmg la belakang...depan tuk driver je...haish

kalau KAT MALL....area JB...aku ngan sorang member...muka dia pun macam chinese...aku ngan dia nyinggah masuk tengok barang2 kat kedai tu...ada la pompuan salesgirl dok tepi...aku tanya la...

"ni harga dia berapa?"...barang ape ntah
"laaa...orang melayu rupanya"...haik?aku tanya lain...dia balas lain!!!wakakaka

pe lagi...member aku yang khusyuk kelebek barang pun tergelak sekali...kah3

February 18, 2010

Hari Tanpa...


tak perasan pulak....musim kitar semula sekarang ni....

pegi mall...bila nak bayar je...."plastik tak de ye...boleh ambik kotak kat dalam rak tepi tu....free je",kata brother casher.

eh...tekejot pun ada...tapi....bila baca...HARI TANPA BEG PLASTIK.....!!! oooo....bagus-bagus....saya menyokong...yeahhh o_0




January 30, 2010

Mengimbau Gerik Perak


musim teringat member lama...

yeah...member yang dari sebelum tadika sehingga sekolah rendah dengan naik bas sama-sama seawal pagi
kena kejar anjing 2,3 ekor pagi-pagi juga bersama
main guli, gasing, panjat pokok, cari durian...boleh kata semua macam mainan bagi kanak-kanak...semua mencuba
dan ada jugak sekali tu...cuma kami 3 orang murid tahun 2 yang pergi sekolah...ish
yang sepatutnya sekolah tu dapat cuti...hahaha...kenangan...rasa macam segar sangat
tuk imbau kenangan-kenangan tu semua.
sayang...sekeping gambar...langsung tak pernah difikirkan dahulu..

yaa....masing-masing kini dah bawak haluan..
aku...di menara gading yang bertungkus di sini...skudai
syazwan roslan sedang bermain di bawah pasukan negeri perak dalam bola sepak di ipoh
firdaus kadir yang kuat berniaga membantu ibubapa di gerik

semua kini berpecah...tidak! bukan berpecah
tapi membawa haluan masing-masing...
faktor keluarga....mahupun faktor yang terdorong dari kemahuan dan cita-cita

asalkan...agama...semoga sentiasa menapak abadi di hati kami...
masing-masing pun tiada masa untuk berjumpa...
yaa...entah...hampir 7tahun seingatku...terus tidak bersua...

cuma tadi...terpanggil bertanya khabar...alhamdulillah...masih dikurnia sihat sejahtera
alhamdulillah....

semoga kalian sentiasa dirahmati Allah seluruh keluarga...

January 27, 2010

Just Go Do It

bila sejenak pemikiran aku melilau...hairan...risau terasa seperti sesuatu hilang. semakin jauh...tapi bila aku mula mencari...ia makin samar, sebenarnya apa yang aku mencari?!! duitku? kawan-kawan melepak? barang makananku yang tinggal tak seberapa?
entah...

ahhh...aku masih mencari...ya...semakin hari semakin aku tak ketahuan....bila aku lihat orang-orang keliling yang sering amalkan perkara itu dan ini...aku rasa seperti nak sahaja berada disitu...menggantikannya...tapi...ah...kenapa aku masih disini?entah apa yang aku buat.bertujuan?bermatlamat?

yaa...aku perlukan sedikit hari lagi untuk menjadi seperti mereka.tapi bila? dikelilingi orang-orang yang tinggi imannya. perbuatan mereka sentiasa berlapikkan sunnah.tenang.sabar. kata-kata mereka sering cepat menusuk jika mengalir manis bicara. yaaa...tampak tenang saja bila kemana.baik berada dalam kesesakan dunia.

tapi...aku?kenapa aku masih di sini???!bila aku perlu berlari? ya...kelihatan masjid itu merindui mereka. kedengaran ayat Quran itu mengalir dari mulut mereka.

Rasulullah saw. bersabda :
"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat
yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari
nabi atau malaikat."

gelap malam mereka dihujani sujud-sujud memohon doa.

doa Baginda s.a.w :
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.
Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan
diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
[Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani].

kadang-kadang...sering terdengar ibubapa di sekitar taliannya. malah, waktu dhuha(pagi) itu juga mereka turut mengerjakan sunatnya,solatnya.

"Kau murahkanlah rezeki yang baik bagiku.
Jika rezekiku di langit tinggiMu,Kau turunkanlah.
Jika rezekiku di perut bumiMu,Kau keluarkanlah.
Jika ia berada dalam kesusahan,Kau permudahkanlah."
[Doa selepas solat Dhuha]

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,Dhuha.
Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,
serulah (malaikat) penyeru: "manakah orang-orang
yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.""
[Al-Tabrani]

tapi aku?
hanya mengomel hujan yang menyukarkan aku untuk keluar bersuka ria.

"Kau cantikkanlah perbuatanku sebagaimana Kau mencantikkan wajahku"
[Doa Nabi Yusuf]

hanya bising panas membakar di tengah hari.
hanya menjeling kaki-kaki manusia itu menuju ke masjid.
hanya mengetuk pintu-pintu bilik untuk menukar-nukar kutukan saudara.

tapi...
pernahkah aku sedekahkan sesuatu ke jalan agamaku?

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap
tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi
siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya)
lagi Maha Mengetahui" (2:261)

pernahkah aku sedekahkan Fatihah untuk ibubapaku seawal pagi?
adakah kelilingku senang berada denganku?atau hanya bersembunyi muka?
bagaimana pula ibubapaku yang sering kerja di rumah?sakitkah?sihatkah?
adakah masjid mereka jejaki itu juga merinduiku seperti mereka?
ah...terlalu banyak...terlalu banyak...terlalu banyak!!
dari aku dengan mereka.

dan...aku TETAP TERUS BEGINI walaupun dihujani mereka-mereka SEBEGITU....??

“Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?semua jawapan itu benar,
tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”
[Imam Ghazali]

Boleh jadi kamu tidak mnyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

adakah aku?....senantiasa...




[.selingan madah perlu bersua.Just Go Do It.]

December 27, 2009

Semoga Sinar Membawa Lari


kini
sinar pagi terik mentari
melambai indah seisi dunia
muharram jelma membawa makna...

kelip-kelip dosa yang lalu
biar terus jauh berterbang
biar Yang Esa tentukannya
jangan terus kau memegangnya
tapi kerana benci perbuatannya
untuk terus mendapat cintaNya

terang siang menyingkap malam
dari bayang bersatu badan
meninggalkan seribu kenangan
demi menggapai terus keampunan

hijrah bertandang meyingkap lagi
menyusun indah pelangi kehidupan
tertabur seri segenap alam
agar membuah mekar seharuman
mencipta sejarah, mencapai matlamat
agar tertulis kejayaan disana
demi Dia, cinta padaNya.



December 18, 2009

Tahniah dan Maal Hijrah

salam....yeah. semester baru seminggu berlalu bagi pelajar UTM. alhamdulillah...kita masih gagah menjalaninya atas nikmatNya. sesi-sesi 'kecemasan' penukaran seksyen dan penambahan atau membuang subjek selesai berlangsung dengan jaya. tahniah sahabat-sahabat. tapi tujuan?yeaa...masing-masing punya alasan.

haaa...tanggal 16 dis 09 pulak...angah berjaya dapat anak lelaki sulungnya.tahniah-tahniah!! mungkin atas pengaruh drama-drama siri (ye ke?)...nama bersandarkan watak-watak baik menjadi pilihan...hehe...yeaa...maka penamaan anak mereka tu menjadi...Aidil Muzaffar Bin Saiful Adli....haa...sedap kan...mithali ada...bekerjaya baik ada...hoho~....semoga aidil membesar di jalan lurus.insyaAllah...
Aidil Muzaffar

bersama papa and mama nya

ok aidil...panggil M.A.K.C.I.K ye...

haa...abang sulung dan isterinya bersama anak-anak,M Redha Shafrizal, M Syazwan Hakimi, Faramiza Asyikin. and my mom!

sempena Maal Hijrah pada 18 Dis 09 ni...semoga kita sama-sama 'mengalami' perubahan lagi yang lebih baik.yeah~~if we never fail, we never learn. betulkah? tak kiralah...asalkan keberkantungan pada Illahi terus bertambah...kejayaan bukan matlamat utama..tapi setinggi mana pengharapan dan pergantungan pada Yang Maha Esa berkekalan. Pengakhiran yang baik lebih baik dari permulaan yang baik...tapi jika langkah di jalan yang buruk...pastikah kita mampu menepis sambil berlari ke pintu yang baik?!!...sungguh...kita masih dalam perjalanan bermusafir dan berdagang...sama-samalah menjaga tertib dan adab di tanah dunia yang dipinjamkan...

December 13, 2009

keperluan ke?


(kalau la perbezaan tu nyata...jelas...belajar mencari)

kemunculan sesi sem baru...ya...sem VI...masih ada gumpalan setahun setengah untuk ditempuh...degree...selamat terus mengekal dan menambah prestasi minda dan jiwa...yeip...

makin menjenguk hari ni...makin pula rajin kaki-kaki berjalan.....aduhh...bukannya buat apa pun...mencari-cari barang keperluan macam biasa bila nak masuk study balik...yeah!!....tapi...setiap kali beli je...ada ja bicara hati...aiyak

"mahal tak barang ni?"

"ok ke kalau aku beli?"

"ish...takpelah...barang ni bukannya beli selalu pun...."

ermm...ya...penekanan pada membeli...YES (year end sale)..ceh...terpengaruh....adeh...~_0
kadang terasa...apa pula beza barang keperluan atau kehendak...ermmm...kadang tu sampai terasa kehendak tu adalah keperluan...itu nak...ini nak...ahhh...semua bedal...! *pampers tu kerap beli sebab pakai buang...tapi..yang lain kerap tu sebabnya?...ohho...memikir~~

lumrah...jiwa ni...rasa nak je..itu ini...sampai ada teman bicara..."wah...macam air je duit aku nih"...hahaha...memang pun!!...macam mana ye nak membendung?cadangan?boleh kita kongsi sama-sama....nak kata kita semua rajin sangat membeli tu, tak tahu la...yeke? *jawab dalam hati mungkin~~...tak kisah la...tapi yang penting rasanya perlu la ada member sebelah....

"ish..tak yah la beli benda tu...tak guna sangat kot...kerja nanti-nanti boleh beli..."

"ermm...tak sesuai sangat la..."

"kalau nak ikut minat...jenuh semua kena beli"

kadang-kadang penekanan dari teman sebaya ni memang mempengaruhi habis la...cumanya...bijak memilih...mana barang...mana sembarangan...!!