September 10, 2011
Melawat Hentian Duta
September 07, 2011
Perubahan Ekonomi
September 04, 2011
Open House (Sambungan)
berphoto ngn cikgu (brdiri 3 dr kiri). ops...ada ahli baru a.k.a pengantin baru y sah dlm batch ni...org segamat (rsanya dia dudok pling jao la stakat ni), hishamudin a.k.a sham.
sorry to say la...balik2 muka ni ja y ada kt rumah cikgu syukri ni...hehe..xpala dr xdak y nk brjumpa langsung kn...:)
Salam Aidilfitri ^^
August 13, 2011
Semuanya Dihujung Jari..."..Tangan Kiri Tak Perlu Tahu"
Makin hari makin sempoi aku tgk mesia ni…dr sudut y positif…tntng isu GAZA, Zakat, Tabung Bencana. even ada y sebahagian tu bkn brlaku kt mesia ni pn…terutama isu Gaza y semua org dh tahu tntng nya brbanding sblm brlakunya pencerobohan Israel ke atas kapal flotilla dulu *abis semua video kt youtube, tinggal version israel ja*….israel berjaya mmbuka mata dunia especially islam khususnya tntng saudara kita d Palestin…yosh!
khutbah jumaat kt masjid bayan baru pn tntng isu gaza. Terkini, diorg nk pegi lg ke gaza 15 ramadan ni, inshaAllah *sama la 15ogos pon…hehe….tabung2 derma mmg smkin rancak la dijalankn…*xtaw ke??erm…apala…xpa…klu nk derma..salah satu way, bleyh derma ke akaun Aqsa Syarif y d letak kt blah kanan tu…situ bleyh gak…skank ni pkai tenet banking mmg senang la kn…^^
Isu zakat plak semakin rancak aku denga…y mula bekerja dh pakat ajak mmbr2 p join PUZ wt kira2 suma…nk masokkn berapa duit…potongan gaji ja skank ni…cepat ringkas n padat…huhu….skali pndng mmg nmpk.. “hey…zakat ni for wat? Nothing changing la….”.choi…xblaja sejarah ke? Zakat ni la salah satu way…bkn, way terbaek mmbantu org laen. “choi, apehal plk aku nk kena tolong org….aku keja penat2 nk bg org lua makan plk…kancil tol…”
Ang la kancil dude…org skank ni suma dh taw la zakat tu beratnya mcm mna…malu la beb klu xbuat..ada baca quran x? tawu x betapa beratnya solat tu?? Ala…y dikatakan tiang agama tu…xtaw? P blaja skolah blk la klu xtaw, hehe…prasan x…bila ada word “solah”…kbnyakan lepas tu mst ada “zakah”….tu dipanggil ayt2 kembar…nunjukkn betapa pentingnya zakat seiring dgn solat…solat khusyuk tp xbuat zakat xjln beb…klu zakat bertimbun plk tp xsolat…ceh…paham sendri la…**utk y mmpu la…mmg ramai y mmpu dh skank ni…
**klu nk buat, g pusat zakat trdekat, pastu suruh je potong dr gaji. klu xmau, buat kira2, pastu bg directly kpd asnaf...^^
Isu bencana plk makin style la…media mmg mainkn peranan y pnting….tanah runtuh y libatkn anak2 yatim d hulu langat…walaupun ada antara mereka y trkorban, tp dr sudut y cantik…ramai org2 besar/artis turun pdg hulurkn bantuan…mcm tu la baru style **xkesah la nk hipokrit ke…hey…that’s not my concern la!! Apa pedulik…asalkn dorg mmpu buatkn media brkerumun wat show kt news utk naikkn semngt rkyt mmbntu org2 susah…klu dlu mmg popular ngn cita Bersamamu dgn lagu Jaclyn y sedey…n mcm2 lg lah..
**pringatan kpd rncngn2 seumpama itu…letak la no akaun ORG SUSAH tu JELAS n LAMA sket dipaparkan…ni kejap je…how come!!
Papepon…dgn ekonomi negara kita y smkin bralih kpd ekonomi islam pn stu view y best…kita xbleyh praaappp drastic tukar der…slow2 la…its ok **ingt senang ke klu dh slalu guna henpon…tetiba xpkai..sehari xguna pn dh gelabah....cool la….tp jgn la over cool..xjln suma keja plk!…by our participant la y memungkinkn semua ni…klu stakat by looking at other person doing it…hah, nothing going on la beb…do it…help others!! Bank dh byk…buat internet banking…tgk mna2 news….mna2 crita y cool tntng helping others…help la dey…J
Even some more…aku suka eklan jepun kt tv tu **xjmpa link video lg** ala..y paparkn anime2 dr jepun tu…mmg sad...tp…who knows…not impossible klu kita berada sesusah itu nnt…atau lebih lg suatu hari nnt…nk org tolong kita? Ceh…kita pn xtolong org time org lain ssh…penah denga peribahasa “hari ini hari engkau…esok lusa hari aku”, penah denga? Penah kn…haaa…bleyh pkai la kt situasi ni…think carefully fren…
August 06, 2011
Ajaran Biasa Untuk Baby Secara Combo
“Adam *berumur setahun suku kot, bukan nama sebenar*, mata mana ?", ni la soklan paling commercial bila jmpa budak…kn3? Klu x…sah…anda xgemar budak..weee…
Adam pn tunjuk la mata smbil sengeh2 kerang busuk…
“tlinga?”…ok…betol…
“mulut?”…ok…
“Kepala?”…smbil dia pegang kepala tanda paham la…
Tetiba tepikir *dh buat dh la ni...mula nk pikir benda pelik mcm entry sblm ni*…kenapa bila tanya mata or telinga…jawapan si Adam ni dh betol…tp bila sebut mulut…dia pegang bibir…bila tnya kepala…p pegang rambut!!
Hah! ni salah si Adam kenit ni ke or salah ajar ni?? Ayott~
Dh tu…mulut kt mana? Jawapan utk kepala kt mna plak???
Haa…kepala ngn mulut ni pakej combo der…kt kepala ada mata, tlinga..dll *bleyh taw sendri la kot ada apa lg trmasuk klomomor*…y kat mulut…ada gigi…taik gigi…lidah sesume tuh…
So lepas ni…dh bleyh ajar anak2/anak2 buah ngn cara y betol la ye :p…hehehe…^^
Bersenang Lenang di Atas Jambatan Pulau Pinang
August 04, 2011
Hey Nyamuk! How Dare U
Time dok hoha-hoha dlm keta ngn mmbr2 *smbil dok denga lagu Bro Maher Zain y rancak*, tetiba mcm ada bunyik mrayu rayu kt tepi tlinga. mmg kebanyakan org xsuka la bunyi ni…NYAMUK!!
Arggghhh….tension tol ngn dia nih…
Dtg dr mna ntah…sesat kot..al-maklum la…suma org dlm keta ni dok rumah2 kampong blaka…then, dpt plak idea *sbnarnya idea ni muncul dr skolah mnengah*, knapa la agaknya…bila kita bawak keta sambil tingkap pn terbuka sket…n angin dlm kreta pn xla kuat sgt…tp sang nyamuk ni dok bleyh terbang slamber badak je dlm keta cari mangsa…
Yela...y aku peliknya…mcm mana la nyamuk ni bleyh maintain ja terbang lenggang kangkong dlm keta sedangkan driver amik speed 70km/h ja!! *haha…slow kot…hehe*…
Haa…mmg la slow…brbalik kpd perkara pelik y aku pikir td…mcm mana la nyamuk ni bleyh terbang dlm kreta ni? dia xbrgantung pd apa2 pn...udara ja..tp bila dia kt blah pnumpang blkg, dia bleyh terbang cool ja ke depan...hebatkan...
Heyyy..nyamuk pnya speed terbang smpai 70km/h kerrrr??? Stahu aku…lalat la srangga paling pntas kt dunia ni…tp xla plak aku denga bleyh smpai 70km/h…haih…dasat sungguh teknologi Allah cipta dulu2…smpai skarang aku xdpt jawapan…xkn sbb pressure kot *tingkap dh bukak*…lg salah la klu sbb ketumpatan…hehe
**hmmm…nyamuk moden kot~~~
Aku Jeles...haha
August 02, 2011
Angora menjadi Holand Lop
August 01, 2011
DariNya kami datang, kepadaNya kami kembali
July 30, 2011
Mula Beroperasi Kembali
Setelah agak sekian lama aku xupdate blog ni…smpai jenuh gak la dok tekan2 pilih2 id ngn pswd nk sign in balik...hathoiii~~**wheeewww~
Entry sblm ni y mengisahkan Kerja vs Master agak lapok dilupakan. Ya, ku akui (ataupn perasan sesorg je…hehe)…entry tu mmg buatkn mmbr2 classmate aku nk sambung master (agaknya la…^^). Tp depend pd rezeki, n skank masing2 dh ada haluan sendiri dah pun. Ada yang sambung stdy dlm bidang research, n ada y kerja…kerja…kerja…utk aku lak…KERJAAa!!! alhamduliLlah…mungkin itu rezeki buat masa ni…utk mmbr2 laen y nk kerja @ xmo stdy tp still mencari kerja, hope dpt kerja dgn cepat la ye…mngkin hebat2 blaka…tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...ye x..
Jeles gak la ngn mmbr2 y smbunk stdy ni…=_=” niat di hati mmg la nk smbunk gak master…bila tu=ntah! Hehe…
Pejam buka…pejam bukak…dh 2bulan dh pn aku kerja. Bole la tahan…sbb related ngn apa y kita stdy…so…agak enjoy la…tp yela…industry ni mna nk sama ngn kita blaja kn…advance (bg aku la)…but definitely mmg kna kuat basic **sigh…abih kitab2 stdy dlu kena selak2 balik.bosan tol...haha. Siap kna pegi class training mcm class kt U dlu kot~ ^^
Hmm….lusa plak bakal berpuasa utk umat islam. masyaAllah…ni la kali pertama aku berpuasa sebagai seorang y bukan pelajar sepenuh masa (ala..y officially as stdnt…). Sometimes got excited kot~~:p. sbb dia byk mmbantu bina jati diri balik…renew2…
Ada la terbaca msg dr mmbr kt group fb…
“Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi beberapa jam sahaja lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftar.Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines.Hargai mereka, & anda akan mendapat berkat...Ramadhan Kareem”
Hmm…sometime terasa kosong pulak…mungkin byk perkara2 d U y bes2 dh semakin dilupakan….Ramadan…plis help me!! yosh!!
“Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.”(Riwayat at-Tabrani dan Ahmad)
Semoga kita merasai apa y disabdakan:
“Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah).
Ni hasil kongsi dr mmbr kt group fb y laen plk…bleh la donlod n print ye…ehem2…tick skali la kot kn lepas amal…hehe…
February 15, 2011
Master versus Bekerja !!
Sedar tak sedar dah nak habis belajar peringkat sarjana muda. Walaupun dalam pada tu, ramai yang dah mula gelisah (bagai nak rak) tuk cepat habis! Penulis antaranya....hoho…dan persoalan utamanya, apa yang dah kita buat atau dapat dari masa 4 atau 3 tahun ni
a. Banyak buang masa?
b. Banyak study?Banyak pergi mall?(alamak…)
c. Banyak habiskan duit dengan seronok berfeshion?
d.Banyak dengan aktiviti dakwah/ceramah?
e. Banyak ke library?(hampir lupa pulak rupa dalam library…adoii)
f. Banyak brmaksiat??...nauzubillah…
Apa-apa pun, semuanya dah terkebelakang, hampir terlepas dengan apa yang sepatutnya dibuat. Tapi masih boleh! Sebab anda masih belum bergelar graduan!!toing3…
Persoalan keduanya pula, ke mana hala tuju kita selepas ni dalam skop akademik/kerja. Sambung belajar sebagai sarjana/master atau bekerja?ok. penulis ada beberapa perkiraan dengan itu hasil per’sembang-an’ dengan lecturer-lecturer.
Di malaysia kebanyakan geran-geran akan mula dibuka pada februari 2011 ni dan pemberian geran pada march 2011. Apa pentingnya geran ni pada kita? Dibawah skim research atau selalu dipanggil research assistant (RA), geran-geran yang diberikan kepada lecturer akan di-subkan kepada student yang nak sambung master dengan mereka. Daripada duit geran ni la akan digunakan sedikit sebagai GAJI pelajar!
Setiap geran tidak mempunyai nilai yang sama, tapi bagi master by research kebanyakannya akan dapat around rm1500 sebulan bergantung kepada lecturer. Interesting?atau biasa? Ok…kita ke seterusnya…
RMK-10 telah mempersetujui dalam mempesatkan ekonomi negara dengan menghasilkan graduan-graduan yang berintelektual dimana target adalah seramai 60 000 orang pemegang PhD. Maka, skim biasiswa ditawarkan khas kepada pelajar PhD secara langsung. Apa gunanya kita sebagai bakal student master? Untuk mencapai target itu, pelajar master juga diberi bantuan biasiswa oleh kerajaan dibawah takluk skim My Brain! Dengan kos yuran dibiayai oleh skim ini (ini bukan skim cepat kaya ok!).
Tawaran dan syarat-syarat boleh dilihat dengan jelas di laman My Brain details. dan anda dah apply sebagai master student?
Ok.agenda seterusnya, calculation! Basic used.
NOTE : kiraan adalah menghampiri kepada pelajar engineering UTM dan kebanyakan dipetik dari Wireless Communications Centre page, macam mana pun pelajar bidang lain mahupun universiti lain turut boleh menggunakan kiraan rambang ini. hampir sama. yuran pula? yuran tambahan? lain-lain biasiswa?
Research study = normally 2 years (24 month)
Month salary = rm 1500
Biasiswa yuran = maksima rm 10 000 sepanjang pembelajaran
Kos penginapan sebulan = rm 5 x 30 days = rm 150
Kos makan (normally) per month = rm 10 x 30 days x = rm 300
Kos yuran pembelajaran 4 sem = around rm 7 000
a. Total gaji = Monthly salary x 24 month
= rm 1 500 x 24 month
= rm 36 000
b. Kos yuran = ditanggung dari skim My Brain
= rm 7000
c. Penginapan & makan = penginapan + makan
= (rm 150 x 24) + (rm 300 x 24)
= rm 10 800
d. Sedeqah to parents = rm 100 x 24
= rm 2 400
e. Kos perjalanan balik rumah = (rm 70 x 2) x 5balik/sem x 4sem (johor-kedah)
= rm 2 800
f. Others cost = minyak motor/kereta + berfesion/mall
= (rm 10 x 4weeks x 24month) + (rm 150 x 24month)
= rm 4 560
Baki total = gaji – (penginapan & makan) – parents – balik – others
= rm 36 000 – rm 10 800 – rm 2 400 – rm 2 800 – rm 4 560
= rm 15,440
INTERESTING? Ok.next pulak…
Persoalan pertama, dah apply ke kerja? Dah dapat tawaran? Kerja ni kita ambil harga gaji basic je la ek. Kalau lepasan freshy degree untuk industry (sebab penulis bidang engineering). Kita ambil kira 24 bulan kerja sebab nak compared dengan sambung master dan area KL. Sebab tu range kos tertinggi.
a. Montly salary = rm 2 300 x 24 month
= rm 55 200
b. Rumah sewa = rm 250/month x 24
= rm 6 000
c. Kos minyak ke kerja = rm 40 (kereta) x 4 weeks x 24month
= rm 3 840
d. Kos makanan = rm 15 x 30 days x 24 month
= rm 10 800
e. Bil elektik & bil air = (rm 25 + rm 20) x 24 month
= rm 1 080
f. Sedeqah to parents = rm 200 x 24
= rm 4 800
g. Infaq = rm 150 x 24
= 3 600
h. Kos perjalanan balik rumah = (rm 32 x 2) x 30balik (KL-kedah/johor)
= rm 1 920
i. Others cost = shopping mall
= rm 250 x 24
= rm 6 000
Baki total = gaji – rumah – minyak – makan – bil – parents – infaq – balik – others
= rm 55200 – rm 6000 - rm 3840 – rm 10800 – rm 1080 – rm 4800 – rm 3600
= rm 25 080
Mana lagi interesting? Lepas 2 tahun anda mempunyai sijil master dengan memiliki rm15,440 sebagai asset dan mampu menerima tawaran kerja gaji lebih tinggi dari pemegang degree atau anda bekerja ambilan lepasan degree dengan memegang rm25,080 selepas 24 bulan dan berkemampuan dapat meningkatkan gaji dalam jangka masa 2 tahun ini?
NOTE : kos-kos lain seperti menabung berkahwin, membeli kereta, sedeqah luaran masih belum diambil kira.
Secara keseluruhannya…masing-masing punyai tahap kehebatan dan keperluan tersendiri dan mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada keadaan kehidupan seharian. Dan yang terutama bagi keseluruhannya ialah sentiasa melakukan solat istikharah supaya mudah memilih dalam apa jua bentuk keputusan. Renung-renungkan, dan selamat beramal.
JANGAN LUPA, KITA BELUM GRADUATE!!