Sedar tak sedar dah nak habis belajar peringkat sarjana muda. Walaupun dalam pada tu, ramai yang dah mula gelisah (bagai nak rak) tuk cepat habis! Penulis antaranya....hoho…dan persoalan utamanya, apa yang dah kita buat atau dapat dari masa 4 atau 3 tahun ni
a. Banyak buang masa?
b. Banyak study?Banyak pergi mall?(alamak…)
c. Banyak habiskan duit dengan seronok berfeshion?
d.Banyak dengan aktiviti dakwah/ceramah?
e. Banyak ke library?(hampir lupa pulak rupa dalam library…adoii)
f. Banyak brmaksiat??...nauzubillah…
Apa-apa pun, semuanya dah terkebelakang, hampir terlepas dengan apa yang sepatutnya dibuat. Tapi masih boleh! Sebab anda masih belum bergelar graduan!!toing3…
Persoalan keduanya pula, ke mana hala tuju kita selepas ni dalam skop akademik/kerja. Sambung belajar sebagai sarjana/master atau bekerja?ok. penulis ada beberapa perkiraan dengan itu hasil per’sembang-an’ dengan lecturer-lecturer.
Di malaysia kebanyakan geran-geran akan mula dibuka pada februari 2011 ni dan pemberian geran pada march 2011. Apa pentingnya geran ni pada kita? Dibawah skim research atau selalu dipanggil research assistant (RA), geran-geran yang diberikan kepada lecturer akan di-subkan kepada student yang nak sambung master dengan mereka. Daripada duit geran ni la akan digunakan sedikit sebagai GAJI pelajar!
Setiap geran tidak mempunyai nilai yang sama, tapi bagi master by research kebanyakannya akan dapat around rm1500 sebulan bergantung kepada lecturer. Interesting?atau biasa? Ok…kita ke seterusnya…
RMK-10 telah mempersetujui dalam mempesatkan ekonomi negara dengan menghasilkan graduan-graduan yang berintelektual dimana target adalah seramai 60 000 orang pemegang PhD. Maka, skim biasiswa ditawarkan khas kepada pelajar PhD secara langsung. Apa gunanya kita sebagai bakal student master? Untuk mencapai target itu, pelajar master juga diberi bantuan biasiswa oleh kerajaan dibawah takluk skim My Brain! Dengan kos yuran dibiayai oleh skim ini (ini bukan skim cepat kaya ok!).
Tawaran dan syarat-syarat boleh dilihat dengan jelas di laman My Brain details. dan anda dah apply sebagai master student?
Ok.agenda seterusnya, calculation! Basic used.
NOTE : kiraan adalah menghampiri kepada pelajar engineering UTM dan kebanyakan dipetik dari Wireless Communications Centre page, macam mana pun pelajar bidang lain mahupun universiti lain turut boleh menggunakan kiraan rambang ini. hampir sama. yuran pula? yuran tambahan? lain-lain biasiswa?
Research study = normally 2 years (24 month)
Month salary = rm 1500
Biasiswa yuran = maksima rm 10 000 sepanjang pembelajaran
Kos penginapan sebulan = rm 5 x 30 days = rm 150
Kos makan (normally) per month = rm 10 x 30 days x = rm 300
Kos yuran pembelajaran 4 sem = around rm 7 000
a. Total gaji = Monthly salary x 24 month
= rm 1 500 x 24 month
= rm 36 000
b. Kos yuran = ditanggung dari skim My Brain
= rm 7000
c. Penginapan & makan = penginapan + makan
= (rm 150 x 24) + (rm 300 x 24)
= rm 10 800
d. Sedeqah to parents = rm 100 x 24
= rm 2 400
e. Kos perjalanan balik rumah = (rm 70 x 2) x 5balik/sem x 4sem (johor-kedah)
= rm 2 800
f. Others cost = minyak motor/kereta + berfesion/mall
= (rm 10 x 4weeks x 24month) + (rm 150 x 24month)
= rm 4 560
Baki total = gaji – (penginapan & makan) – parents – balik – others
= rm 36 000 – rm 10 800 – rm 2 400 – rm 2 800 – rm 4 560
= rm 15,440
INTERESTING? Ok.next pulak…
Persoalan pertama, dah apply ke kerja? Dah dapat tawaran? Kerja ni kita ambil harga gaji basic je la ek. Kalau lepasan freshy degree untuk industry (sebab penulis bidang engineering). Kita ambil kira 24 bulan kerja sebab nak compared dengan sambung master dan area KL. Sebab tu range kos tertinggi.
a. Montly salary = rm 2 300 x 24 month
= rm 55 200
b. Rumah sewa = rm 250/month x 24
= rm 6 000
c. Kos minyak ke kerja = rm 40 (kereta) x 4 weeks x 24month
= rm 3 840
d. Kos makanan = rm 15 x 30 days x 24 month
= rm 10 800
e. Bil elektik & bil air = (rm 25 + rm 20) x 24 month
= rm 1 080
f. Sedeqah to parents = rm 200 x 24
= rm 4 800
g. Infaq = rm 150 x 24
= 3 600
h. Kos perjalanan balik rumah = (rm 32 x 2) x 30balik (KL-kedah/johor)
= rm 1 920
i. Others cost = shopping mall
= rm 250 x 24
= rm 6 000
Baki total = gaji – rumah – minyak – makan – bil – parents – infaq – balik – others
= rm 55200 – rm 6000 - rm 3840 – rm 10800 – rm 1080 – rm 4800 – rm 3600
= rm 25 080
Mana lagi interesting? Lepas 2 tahun anda mempunyai sijil master dengan memiliki rm15,440 sebagai asset dan mampu menerima tawaran kerja gaji lebih tinggi dari pemegang degree atau anda bekerja ambilan lepasan degree dengan memegang rm25,080 selepas 24 bulan dan berkemampuan dapat meningkatkan gaji dalam jangka masa 2 tahun ini?
NOTE : kos-kos lain seperti menabung berkahwin, membeli kereta, sedeqah luaran masih belum diambil kira.
Secara keseluruhannya…masing-masing punyai tahap kehebatan dan keperluan tersendiri dan mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada keadaan kehidupan seharian. Dan yang terutama bagi keseluruhannya ialah sentiasa melakukan solat istikharah supaya mudah memilih dalam apa jua bentuk keputusan. Renung-renungkan, dan selamat beramal.
JANGAN LUPA, KITA BELUM GRADUATE!!
10 comments:
Assalamua'laykum..
Sekadar nak beri pendapat peribadi..(base on pengalaman)mungkin dah tk ley apply buat masa skrg..
1)Bnyk nye ley simpan ek masa master rm 15,00
kaya2..dah ley buat hantaran
kalo btul2 berjimat maybe boley..n biasiswa plak tk tentu..ade kalanya kna 'fight' btul2 br dapat..n kalo untung supervisor ley support yuran. n duit bulan tu boley kite guna untuk mkn, penginapan dll tu
2) biasenya nak smbng master kna pk btul2 pasal projek / bidang tersebut smadda kita mampu, suka, larat atau tk (kalo pk duit) bahaya
master by research sngt menguji , tk sama macam kelas masa degree
3) Biasenya 2 thn tu, kawan kita yg trus keje kat industri masa tu dah advance..dah pakai kete..dah ley survive mcm2..kite student lagi (cbrn gak)
4)kerja jugak susah nak cari..dah tk boley memilih sangat..
(bnyk nye ley kumpul kalo kerja..seperti yg dikira..padahal bnyk lagi bnda tk consider tu..base on budget kiraan masing2..)
apepun, rezeki ALLAH dah tentukan..cuma kita tk tahu kna usaha
akak trus smbng master n seblm konfem that title cr keje..n satu fasa kerja smbil blajar la jugak..its really hard..tp dahsettle..fokus on kerja..tp line academic..berbeza pulak bg sesiapa yg ikut line industri..line industri mungkin lebih depend pada pengalamn; line akademik tgk penmgalmn n title la jugak...
terima kasih byk2 kak snowss....
ya...mmg byk y sy blom masukkn dlm kira2 sbb tu sy hanya masukkn yang basic2...mmg apa y sy dpt tahu dr senio2 pun mmg ramai y ckp xcukup klu semata2 based on gaji dr geran...nak2 kalau pkai kereta.
sy sokong bab kerja mmg lebeyh advanced dr master. tp pd pandangan sy hasil penilitian dr senior2, project2 master y diberi brgantung kepada geran. ada y bernaseb baek, ada y tidak. dan dr lecturer sendri, lebih baek mohon master awal2 untuk lecturer tu sendiri tahu, apa y sepatutnya tajuk y perlu diambil supaya project berkenaan sgt sesuai dn menepati kehendak pelajar. dan pelajar masih boleh menolak sekiranya tajuk geran y dapat tidak mnjadi kesesuaian mereka.
perancangan perlu dr awal supaya tidak terlalu tertekan dgn project2 y diberi. dr pendapat senio dr UIA pula, katanya...sistem master dan degree hampir sama, tp disebabkn project yang diberikn itu y mnjadi prbezaan dlm sesi pmbelajaran. bg saya ia hampir sama kpd project sarjana muda, ada y ssh..ada y sgt senang. cuma project master mnjurus kpd research itu sendri.
dan sy sgt setuju dgn tekanan dr rakan2 y sudah mula mngorak lngkah jauh selepas mereka bekerja berbanding kita masih di dlm campus.
terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini ya sis...
kes aku camne?bagi suggestion..hehe (xminat kos elektrik...lalala~)keje salah,sambung blaja pun salah
owh yer..
Perancangan kewangan memang penting..memang respek la kalo ley kumpul lebih kurang budget di atas
apepun, master by research itu..akan membantu orng yang sambng phd akan datang, sbb dah biasa dengan sistem2 lab/research/tesis dsbg
perancangan tajuk master/proposal mmg kna rancang awal..dlu masa di utm; di pertengahan sem last, dah tarikh tutup.masa tu berbincang
dengan lecturer, trus buat proposal dan hantar.
akak amik bidang lain skit dari degree, tp still dalam fakulti sama.agak mencabar..tapi ok la..overall smpai konvo nant 3 tahun jugak tempohnya.
tapi qualification master tu sendiri dah agak biasa..ramai sngt dah orang ade..so, baik sambng berbanding nk compare dengan kawan2 yg advance..lgpun rate gaji pun akan naik dan status tinggi skit la berbanding budak degree(manfaatkan 2 thn tu)
sbb kita je yang tahu ape sbnrnye kita nak..
(antara tujuan utama akak adalah untuk menyambung kesinambunagn dan kefahaman dakwah n tarbiyah di bumi utm)
ok.. aku dah buat master by research.. dah grad pon.
komen aku... tak yah la wt research. wat coursework suda....
coursework confirm2 korang grad setaun setengah.
research?? 2 taun? nahhhh.. 3,4,5 or more? maybe!
rm1500 sebulan?? cukup ker? takkk.
ok la... dah abis wt master kan.. nak keje... keje gaji naik byk sgt ke ngn org degree|?? tak.. kecuali la nk jadi lecturer jeeee ok??
lg satu, yg baru grad master nih, dgn yg degree tp dah few years experience, mana gaji lebih byk? of course laa ikut experience. alah gaji master tak byk pon..
kalu nk jadi lecturer?? ada master? tak kan kemana. wajib kene wt phd ok.. so kalu mmg larat wt phd go ahead je la..
rm15k bleh saving?? no no.. tak cukup.
ok bye
oh...many thanks dgn input. artikel ni buat time dok stdy degree ujung2 sem...dok pikir sambung stdy @ x, last2 kerja datang dulu...ambik je...
betul tu...jd lecturer nmpk ok skrg ni...:).
bab saving, no komen, sbb den pn mmg ssh nk saving gak...haha
Hm..pening...dh kje...nk pjj..ok ke? Cmne eh
.. Master coursework susah lg kan?
so helpful ! im planning to cont master by research too
Artikel ni membantu menghilangkan kekusutan nak sambung master coursework &research,sambil kerja & tiada biasiswa.terima kasih.
Artikel ni membantu menghilangkan kekusutan nak sambung master coursework &research,sambil kerja & tiada biasiswa.terima kasih.
Post a Comment
soksek..soksek..