Bila semua dah berubah. petikan suara dan sedikit olahan, dari Ust Faisal bin Hamid pensyarah UM.
Derhaka. dulu kisah anak-anak derhaka. tapi sekarang timbul pulak ibubapa yang derhaka. Salah??
Try 'usyar-usyar'
Solusi Isu Ibubapa Derhaka. kalau dulu kat dalam iklan Petronas tentang
anak buang ibubapa. tapi sekarang Iklan TV tentang
ibupaba buang anak dalam longkang, tepi jalan! betul kata-kata Ust Faisal bin Hamid dr UM, "zaman skarang ni dh banyak berubah.kita kena
creative". Yang jahat dilawan baik. Dah tahu? Dah kan. Cuma cara? tula dipanggil
creative.
Kalau baik tu ada banyak standard, wajib sunat dll. masalah timbul bila bab ikhlas. sebenarnya tak ada pun kalau dalam konteks buat yang wajib. Yela, nak buat ikhlas ke tak ke, peduli hapa, memang dah wajib buat dah pun!! Tak payah nak gopoh-gopoh mengata 'orang' itu ini tak ikhlas sembahyang Maghrib!! Ikhlas tu bicara Allah.
Yang sunat pun sebenarnya ada yang perlu di tunjukkan sebenarnya. kalau 'kita' boleh kata Tok Imam tu tak sembahyang sunat lepas Isyak, tahu ke dia tak semayang kat rumah? Haaa....masalah kat sini timbul bila yang sunat ada yang perlu ditunjukkan sebab tak nak buka ruang timbul fitnah. Tapi bukan semua ye.
Pendek kata, gotong royong tu perkara baik. Tapi tak kan nak bawak balik bawang....pegi kupas kulit bawang, potong-potong bawang kat rumah sendiri????Sembunyi buat baik la katakan!!!
Oleh sebab yang haram tu satu standard je. So, yang haram memang tak boleh buat la...sembunyi ke terbuka ke. Dan yang pastinya...jangan 'cerita-cerita' kisah yang 'kita' pernah buat 'dulu' kat orang pulak...menjaja macam pisang goreng. Sebabnya, celaka la siapa yang menjadi pelopor kejahatan. Tak? memang tak pun...Cuma 'kita' bertenggek berduaan lelaki perempuan selalu je!!!
Ya...memang kena
inovative and creative. Sekarang ni...boleh tanya la...siapa yang tak pernah dapat SMS
random tentang l*cah ?? Tapi pernah ke kita mesej
random kempen Palestin contohnya? Dalam konteks mengajak perkara yang baik secara
random....? Itu la dipanggil creative. Tapi sekarang...yang baik 'perlu' nak malu, perbuatan yang jahat seronok menjaja.
Kalau bab orang 'susah' atau kaya pulak. yang 'kita' orang 'susah' [yang kaya pun kata orang susah...tak pernah-pernah nak rasa rezeki tu dah cukup] ni nak buat baik, buat sedekah, nak syurga la katakan. Tak nak?!? Contoh kalau nak letak makanan hari jumaat. Si Kaya nak buat anggur jumaat la. Bagusla. Tapi dia kaya!! 'Kita'?....buat je la cara kita. Orang susah kan...yang famous ngan jolokan sirap jumaat, pisang jumaat pun dah ok disedekahkan, letak tepi tangga.
Gamak-gamak nak best lagi, kalau nak wat sirap tu...pakat-pakat je kongsi. Gula, ais, sirap...masing-masing lain-lain orang yang beli. Nak bijik selasih sekali pun ok. Kalau air tu..air paip pun tak pa kot...Eh salah??Amboihh..yang beli kat tepi jalan seringgit tu?Air dimasak ke???