July 25, 2009

Waaa...Kagum...Hehehe...


yeahaa...tiada yang penting. hanya ingin mengetengahkan sekeping wang kertas rm50 yang

baru....hehee...sayang wooo nak guna....sebab masih lagi keras....hahaa...bak kata pepatah..

duit infak-infakkan, ibadah tambah-tambahkan...

sekian...lalalaa...

July 23, 2009

Kesakitan Menggugat Atau Mengingat

[perjalanan berpengang?ukhwah pengikat akidah saudara iman]

merenung semasa...semakin hari semakin banyak sahabat yang mula dijinakkan virus-virus demam. entah mana asalnya. dah tentu dari yang Maha Kuasa. mungkin ini rahmatnya untuk melihat kekuasaan Allah. penulis sendiri sudah mula merasai sesuatu menyengat di tubuh. lemah.

Syafakallah syifaan ajilan,syifaan la yughadiru saqaman
-semoga Allah menyembuhmu secepatnya,dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya

mengimbau semasa sem lalu. seorang sahabat yang terpaksa bertarung sakit appendiks. menambah sengatan lagi pabila semua doktor tidak perasan yang sahabat belum lagi disuntik ubat penahan sakit sebelum pembedahan dilakukan selama hampir tiga hari! Tuhan saja yang tahu peritnya walaupun penulis hanya menatap mata.

bau-bau hikmah mengingatkan sejauh mana perjalanan hidup. bukan kejayaan semata-mata. tetapi sejauh mana pergantungan kepada yang Maha Esa. adakah kita sudah cuba ?bahkan ada pula merungut kerana dikurniakan itu dan ini. walhal, ia peringatan. sudah tentu penulis sendiri alpha! Ya Allah terimalah taubatku serta sahabatku...


video
[sekadar selingan hati]

July 19, 2009

Pemahaman Tak Faham

[pening atau tak faham?]

hanya sekadar nak tahu dan nk kongsi apa maksud kata-kata yang membuatkan penulis pening dan keliru serta cuba mendalami...tapi...kalau ada yang sudi menambah perkongsian amat dialukan...huhu...

1. kenapa kita bahasakan "berapakah tahap kecerahan cahaya ini?"...sedangkan kita tahu yang ia mampu mendapat jawapan sebagai "gelap".

2. kenapa kita rasa macam perlu memakai pakaian adat/budaya sesuatu kampung pedalaman sedangkan mereka yang nak pakai pakaian seperti kita...

3. sebenarnya perasaan cemas sebab tak faham sesuatu adalah perkara yang baik sebab sekurangnya kita dah faham mana satu perkara yang kita faham dan tak faham...

4. kenapa kita tetiba bagitahu rakan untuk membeli barangan di kedai yang lebih murah sedangkan duit yang dia nak gunakan bukannya duit kita pun!!

5. membaca sebenarnya bukan hanya sekadar buku/majalah mahupun artikel saja, sebab melihat pergerakan juga diistilahkan sebagai membaca pergerakan!

6. "sila pastikan air tersebut telah panas"....sedangkan kita tak tahu pun berapakah tahap "panas" atau "sejuk"

hehehe....bincangkan....

July 15, 2009

Oooo...Basikal Tua

yeah...walaupun jejakan kaki di bumi johor untuk sem ke-V ni baru 2 minggu, tapi tangan-tangan rakanku kian mengaut basikal-basikal baru. ya....duit mencurah rasanya. peminat-peminat setia basikal ni semakin tunjukkan belang!!wah...Si Putih, Gagah Hitam, Sang Merah....masing-masing mengambil tempat 'parking' selesa.ya, dah tentu mencuri perhatian mata-mata.

basikal leRun tuaku masih tersadai di makan sengat karat bertampok di belakang rumah.kedai besi buruk?oh...kenangan berbasikal ke sekolah beramai-ramai masih lagi terlekat di jiwa. biarlah ia tua begitu....

ermm...basikal tuaku tak mampu nak tanding dek basikal diraja sahabat-sahabat ku itu. ya. basikalku adalah basikalku.basikal mereka milik mereka.keh3...

July 13, 2009

Perjalanan Kini

dah lama tak menjenguk blog ni....yela...internet susah sangat nak ada.ni pun baru je berjaya ada. itu pun hasil biro ICT Kolej Perdana UTM tuk sesi 09/10 semI ni...En Muhamad Anwar bin Ismail.terima kasih diucapkan.hehe...maaf la sebab menimbulkan prasangka blog ni dah makin bersawang la...huhu...untuk sesi sem baru ni...perjalanan penulis masih lancar...keadaan jB yang sering hujan pun membuatkan mata-mata tidur menjadi hebat dan perkasa. menambahkan impak-impak merebaknya wabak H1 atau secara praktikalnya...selesema...[bukan h1n1 yer...]

walaupun menghampiri zon 'study' awalan. kerja-kerja pembaikan persahabatan dijalankan...setelah hampir 2 bulan bersengkang di rumah...maka, sesi orientasi dengan sahabat UTM dijalankan,bukan setakat dekat UTM, bahkan di luar-luar kampus[banyak jejalan plak]...keh3~...

permulaan selangkah dikarang gah....[selalunya mengorak lngkah la...hehe]....sebelum terjatuh terus terduduk...