August 31, 2009

TI Penang Di Hatiku Kini

[junior=huruf T.senior=huruf I]

hahaha.....aku dah mula mengingat member seperjuangan time sekolah dulu.teknik tunku abdul rahman yang amat aku sayang!!~arrgghhh...what thats feeling!

[rumate]
[seketika membuat lawatan balas ke Teknik Tunku Jaafar,Seremban a.k.a TI Seremban]
[dinner night]
[last day]



August 30, 2009

Kalaulah Aku Mengerti


"eh...dah balik?",tanya mereka.

"balik kejap ja",kataku ringkas

"apsal kejap sangat?baik xpayah balik!",kata mereka membising.

"dari tak balik jenguk keluarga",sindiranku mengkasar.

hehehe...maaf la ya pada yang terkena...malas nak explain satu-satu...seorang-seorang.tak dapat faedah pun. bukan tuk semua yer...ada yang tak boleh balik sebab family tak dak kat rumah la...takkan nak balik gak kot.gila.

[kalaulah jendela itu..jendela kemaafan]

masok bab cerita kedua....

"kenapa ya...makin kita berumur ni,makin cepat pulak nak sakit hati",kata Hati Emas

"yela,kita pun bukannya selalu jaga hati",balas Jiwa Emas

"tapi,asyik-asyik marah orang!!",Hati Emas membantah

"ala...nak kata nak marah tu...tak la sebenarnya...terlepas cakap je kan?",Jiwa Emas menyejuk

"tapi terlepas geram,terkasar kat semua orang!.mesti ke?kalau selalu sakit hati,penatla asyik nak marah sana sini?!nak kata orang lain buat salah sangat tu tak la jugak",Hati Emas mengeras.

"hm..dah tu...kalau dah rasa penat,control la hati...memang la susah.tapi kalau cubakan tak salah.terkadang tu memang la terlepas jugak...tapi lama-lama takpa la.mana tahu...ada orang esok lusa dah boleh.ada orang 3,4 tahun.hati tak sama,jiwa lain-lain.hati senang...jiwa pun bahagia!",tambah Jiwa Emas

"erm...yeke?susah la...dah biasa...",membalas.perlahan.mencuba.
"Ya Tuhan kami,sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh, Engkau telah menghinakannya, dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang penyeru kepada iman, (yaitu),"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman.Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah
kami beserta orang-orang yang berbakti.Ya Tuhan kami,berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu.Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat.Sungguh, Engkau tidak pernah mengingkari janji."

Surah Ali Imran, ayat 192-194

"Orang kuat itu bukanlah orang yang menang bergulat, tetapi orang yang kuat itu ialah
orang yang dapat menahan dirinya ketika marah"
HR. Muttafaq Alaihi

August 27, 2009

Oooo...Balik Kampung~



Yeah....sekian lama tak balik rumah!!~lama ke?ntah...dari buka sem je kot....huu~
tak kisah la...janji dah nak balik...boleh berbuka dengan family...hoho~
perjalanan: jB-kL then kL-pnG
tarikh: 27/08/2009
masa: 2pm

maka? class terpaksa dipontengkan...Digital System Process...adeyh~_~

p/s: pada sahabat-sahabat yang tak balik...usah risau...raya masih ada!!~[walaupun terpaksa menyepi terpaksa mencari manusia di sekeliling anda yang kian menghilang~]

p/s2: doakan perjalananku dalam doamu...huhu...thanks...

August 26, 2009

Singkap Diri Dalam Ramadan


selamat menyambut Ramadan Mubarak pembaca sekalian...

Adakah makin bertambah amal?berkurang?atau mendatar?
tapi apa pulak contoh-contoh amal?mesti semua sedang berlumba melakukannyakan....tahniah pada yang menghampiri...yang masih belum...kita mencuba~

adakah kita tergolong dalam...golongan ini seharian?
baca Quran...done
solat sunat...done
qiamullail...done
sahur...done
sedekah...done
menjaga mulut dan hati...done
menjaga ukhwah...done
dll...

hmm...mungkin sukarkan?[pada diriku ini yang masih mencuba]?jom sama-sama...kiri lupa...kanan tegur...kanan lupa...kiri nasihat...[bersama sahabat...bukan setakat berjabat].atau dah ada yang aktiviti lain?-semoga bukan perkara yang menjauhi dari Illahi!!!

yeah...artikel yang dikeluarkan oleh Dr.Asri mengenai adab berbuka mencantikkan bicara.antaranya....makan dan solat

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).


ermmm...selamat membeli belah di jualan ibadah Ramadan megasale!!~

"biar sedikit asal sentiasa.jangan banyak tapi sementara."

August 23, 2009

Andai Itu Subuh Terakhir


pabila subuh memanggil-mendayu
liat...
kitaran sinar pagi mula menampakkan wajah
sinarnya cahaya mendalami genap
matahari?
tapi sinar jelata menyusup menemui Illahi...
mendahului

musalla mendingin
menyusui pembaca kitab agung
nun di sana..juga di situ

tapi adakah aku beserta?
atau hanya menyahut seruan katil emas?...
indah...keduanya mengecap bahagia
cuma ke mana layak antaranya...?
mendapat tempat terdahulu pelaksana bijaksana
hamba yang Maha Esa

August 21, 2009

Baiklah...


"ok...masa tambah 10 minit yer...jawab simple-simple je",kata-kata lecturer.

"ok...semua dah siap?nak tambah masa tak?"selepas 10 minit berlalu...[lama je rasa]

"tak yah-tak yah...hantar~~~!",balasan kudrat pelajar.

wah...test yang seronok.open book.tambah masa.tapi...jawab macam hampeh.
susah?tak kot.cuma...??~jawapan...tak tau nak letak yang mana satu....pening~...tak paham....hahaha....

August 14, 2009

Menjelang Sudah

menyemai semangat...padi....huhuuhu....[maksud?ntah]


terima kasih semua menghadirkan diri!!~_~

video

August 08, 2009

Otak Siapa?


Adakah kita menggunakan 100% otak? atau 200%? atau hanya 10%?. mana yang betul? kebanyakan mengatakan kita hanya menggunakan 10% dan ada yang menegaskan HANYA 4%...tapi...benarkah??

kajian tebaru menunjukkan otak digunakan 100%!!~

sebab?...ini dia...

~,< kajian pengimejan otak [positron emission tomography dan functional magnetic resonance imaging] menunjukkan otak berfungsi pada bahagian kecil pada masa tertentu mengikut tahap pemikiran yang diperlukan. jika aktiviti yang memerlukan tinggi daya, penggunaan bertambah

~,< mitos 90% bahagian tidak digunakan tidak menjejaskan fungsi otak [macam appendiks dan tonsil]. jika benar, otak yang tidak berfungi ini BOLEH DIBUANG!! atau secara ringkasnya, adakah anda pernah mendengar seorang doktor menyatakan kepada pesakit bahawa,

"alhamdulillh, walaupun peluru menembusi kepala anda tetapi ia hanya merosakkan 90% otak anda yang tidak berfungsi sahaja"

dah tentu TIDAK!!~


jadi...sesiapa yang memperhebatkan kalimah 10% otak sahaja yang berfungsi...itu adalah otak mereka!!gagaga...

August 07, 2009

Kaca Mata Penggemar Pemburu

bila terpandang wajah-wajah si pembela haiwan....tuan si kucing, tuan hamster, tuan burung.tapi tak sampai lagi tahap menatap wajah si pembela cheetah!!WOOOHHH.....>,~








p/s: sesiapa yang pandai berbahasa lain, boleh la teruskan pencarian ke laman web mekshat.com...[penulis tak reti...lalala]

August 03, 2009

Sasaran atau Saranan?


waaa...kekenyangan mengenangkan makanan hidangan bubur lambuk di gerai jalanan.bersama sahabat yang lain.sedap.sedapnya sebab makanan atau sebabnya atas pertalian?alhamdulillah.

cuma,perilaku mengimbau kisah...
Umar berjumpa Jabir bin Abdillah yang membawa daging dari pasar."Apa yang engkau bawa itu,wahai Jabir?",Jabir menjawab,"Ini daging.Aku membelinya sebab teringinkan hendak makan daging". Sekali lagi Umar berkata,"Apakah setiap kali menginginkan sesuatu,engkau membelinya?"[riwayat Imam Ahmad dalam kitab Zuhd]

aduh.panahan mengenaiku!!.mampukah menahan?!susah.nak itu.nak ini...semua...aaaa...mencuba lagi.menerus.

"Sejak tiga puluh tahun yang lalu,nafsuku selalu menuntut untuk (memakan) lobak yang dicelup dalam madu,namun aku tidak menurutiya"[Ulama Baghdad,Sari bin Abdillah al-Saqathi]

adakah pencapaian aku mengenai sasaran?wah...jauh.

August 02, 2009

Terlambat Tarik...lalala...



minggu FIESCOPE'09...Festival Integrasi College Perdana....secara membidan terjunkan diri... membantu persiapan ajk gimik. dengan langsungan perasmiannya yang agak menakutkan.hahaaha...walaupun penggunaan tali yang menggantikan motor sepatutnya berjalan lancar yang membolehkan kain tirai menutupi tulisan terbuka tetapi....lain jadinya.sebab penulis lambat tarik!!!wahahaaa....

p/s: "tarik-tarik...laju sikit...!!"...tu la kata-kata bernas dari rakan seperjuangan lain sebagai isyarat bahawa gimik tak jadi!!hahaha...maaf semua...lalala

August 01, 2009

Mencari...


telah mencangkau masa menjadi yang tua
dinilai dimata kepada yang muda

entah...
apa yang ku dapat
apa yang ku genggam
bersama aku menuntut mencari sejumlah ilmu
agama...rakan taulan
adakah itu dicukupi?
masih belum ku temui mana hujungnya
masihku mencari dimana pencapaiannya
adakah ia punya takat minimum maksimum?
entah...
biarkan...
supaya menjadikan tonggak utama
sentiasa mencari sentiasa di hati

kemana ilmu harus ku jalani?
kerja?, rakan taulan?,
anak isteri?
atau hanya sekadar segulung ijazah buta nanti?