August 26, 2009

Singkap Diri Dalam Ramadan


selamat menyambut Ramadan Mubarak pembaca sekalian...

Adakah makin bertambah amal?berkurang?atau mendatar?
tapi apa pulak contoh-contoh amal?mesti semua sedang berlumba melakukannyakan....tahniah pada yang menghampiri...yang masih belum...kita mencuba~

adakah kita tergolong dalam...golongan ini seharian?
baca Quran...done
solat sunat...done
qiamullail...done
sahur...done
sedekah...done
menjaga mulut dan hati...done
menjaga ukhwah...done
dll...

hmm...mungkin sukarkan?[pada diriku ini yang masih mencuba]?jom sama-sama...kiri lupa...kanan tegur...kanan lupa...kiri nasihat...[bersama sahabat...bukan setakat berjabat].atau dah ada yang aktiviti lain?-semoga bukan perkara yang menjauhi dari Illahi!!!

yeah...artikel yang dikeluarkan oleh Dr.Asri mengenai adab berbuka mencantikkan bicara.antaranya....makan dan solat

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).


ermmm...selamat membeli belah di jualan ibadah Ramadan megasale!!~

"biar sedikit asal sentiasa.jangan banyak tapi sementara."

0 comments:

Post a Comment

soksek..soksek..