September 28, 2009

Kerna Lampu Itu


selamat hari raya maaf zahir batin pembaca!!~
yeah...dah seminggu berlalu...dah kena balik belajar balik.dalam perjalan malam-gelap.terpandang pulak lampu-lampu jalan.menyepi.cerah.menyilau.kalau la dia hidup,adakah dia terus menyala walaupun tahu tujuan dia hanya untuk menyinari?memberi kesenangan laluan?mungkin atau akan?

tapi...kita?aku?perjalanan hidup?adakah aku tak tahu kemana arah tujuku?tujuanku?atau hanya sekadar berdiri tegak di bumi?kosong?~...


atau aku masih lagi mencari-cari 'seseorang' pembawa jalan?rakan karib?rakan sebilik?rakan sekelas?keluarga?jiran?tahukah aku siapa 'seseorang' itu? dimana?ya...!!aku masih mencari...tapi adakah 'seseorang' yang dicari akan terus dapat dengan hanya mengenali seorang?cukupkah?atau 'seseorang' yang dicari itu masih memerlukan pengenalan terhadap ramai yang lain lagi di luar sana?atau adakah aku termasuk sebagai 'seseorang' kepada orang lain pula?bagaimana perlu ku tahu?

ahh..!!tak perlu hirau.yang penting aku perlu menggapai 'seseorang' yang tidak hanya seorang.

tapi yang lain-yang tak termasuk sebagai golongan 'seseorang'?biarkah?buangkah?ketepikankah?maaf...bukan itu niat...tapi perlu bersama agar 'seseorang' yang lain perlu ada 'seseorang' yang lain.yang membawa tujuan yang sama.pada Illahi.kata-kata Dr Asri,

"memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa,namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.Jangan melampau dalam menghukum orang lain"

sebab tak semestinya pelaku salah membenci Allah dan Rasul.

"Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta"-surah al-Hujurat :12

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim).

[kerna dalam kesesakan pasti ada kesenangan]


September 05, 2009

Cuci Pakai Clorox

Lidah di sebalik hati
faham dan mengerti
tingkah manusiawi
tidak bertutur jujur.

Hati di sebalik lidah
mengalir ibadah
pada kata dan tingkah
terngadah mujahadah.
Tika kata-kata
menjadi panah fitnah
lidah selalu berhelah
meletak alasan.

Tika fitnah
menjadi busung nanah
masyarakat punah
tanpa akal hemah.

Bersatulah lidah
dan hati penuh ibadah
di padang
istiqamah.

hoho...tak da kaitan ke ngan tajuk?kredit tuk Ami Masra yang belajar kat UKM.aku kenal ke?tak!.cuma terbaca sajak yang dia buat.memang menepati lubuk hati.tak payah pikir jauh-jauh....sesama member pun belum tentu dijaga.sepatutnya tahap terendah,melapangkan dada.apa maksudnya tu?

contoh.janji nak gerak keluar jam 3ptg g tebrau[jauh gila].tapi...member seorang lagi tunggu sampai 3.45ptg[pergh...].ha...member yang menunggu tu la melapangkan dada tanpa rasa nak marah.tenang.susah?masih mencuba...

maaf sahabat-sahabat.kadang-kadang terleka....zzz...terutama yang selalu disakiti dan pernah disakiti~_~

ingat...melapangkan dada adalah yang tahap terendah dalam persahabatan!!~huhu...




terupload gambar-gambar sempena hari h1n1 sedunia plak[macam hari-hari adalah hari h1n1 je...hak3...]

jom buat!!!!lalalaa....