September 05, 2009

Cuci Pakai Clorox

Lidah di sebalik hati
faham dan mengerti
tingkah manusiawi
tidak bertutur jujur.

Hati di sebalik lidah
mengalir ibadah
pada kata dan tingkah
terngadah mujahadah.
Tika kata-kata
menjadi panah fitnah
lidah selalu berhelah
meletak alasan.

Tika fitnah
menjadi busung nanah
masyarakat punah
tanpa akal hemah.

Bersatulah lidah
dan hati penuh ibadah
di padang
istiqamah.

hoho...tak da kaitan ke ngan tajuk?kredit tuk Ami Masra yang belajar kat UKM.aku kenal ke?tak!.cuma terbaca sajak yang dia buat.memang menepati lubuk hati.tak payah pikir jauh-jauh....sesama member pun belum tentu dijaga.sepatutnya tahap terendah,melapangkan dada.apa maksudnya tu?

contoh.janji nak gerak keluar jam 3ptg g tebrau[jauh gila].tapi...member seorang lagi tunggu sampai 3.45ptg[pergh...].ha...member yang menunggu tu la melapangkan dada tanpa rasa nak marah.tenang.susah?masih mencuba...

maaf sahabat-sahabat.kadang-kadang terleka....zzz...terutama yang selalu disakiti dan pernah disakiti~_~

ingat...melapangkan dada adalah yang tahap terendah dalam persahabatan!!~huhu...




terupload gambar-gambar sempena hari h1n1 sedunia plak[macam hari-hari adalah hari h1n1 je...hak3...]

jom buat!!!!lalalaa....


2 comments:

green said...

x phm..maksudnye, lapangkan dada tu adalh perkara plg basic ke??

ae..

apeks said...

yup.melapangkan dada adalah paling rendah.tapi ingat,selagi setiap perkara tak membatasi hukum tuhan.selagi mana dia berada di jalan yang betul.jalan yang membawa kebaikan.kalau ada yang tak elok dengan sahabat,bukan maksudnya buang dia pulak.tapi bentuk dia.maka?dua-dua pun ada pegangan yang sama

Post a Comment

soksek..soksek..