July 23, 2009

Kesakitan Menggugat Atau Mengingat

[perjalanan berpengang?ukhwah pengikat akidah saudara iman]

merenung semasa...semakin hari semakin banyak sahabat yang mula dijinakkan virus-virus demam. entah mana asalnya. dah tentu dari yang Maha Kuasa. mungkin ini rahmatnya untuk melihat kekuasaan Allah. penulis sendiri sudah mula merasai sesuatu menyengat di tubuh. lemah.

Syafakallah syifaan ajilan,syifaan la yughadiru saqaman
-semoga Allah menyembuhmu secepatnya,dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya

mengimbau semasa sem lalu. seorang sahabat yang terpaksa bertarung sakit appendiks. menambah sengatan lagi pabila semua doktor tidak perasan yang sahabat belum lagi disuntik ubat penahan sakit sebelum pembedahan dilakukan selama hampir tiga hari! Tuhan saja yang tahu peritnya walaupun penulis hanya menatap mata.

bau-bau hikmah mengingatkan sejauh mana perjalanan hidup. bukan kejayaan semata-mata. tetapi sejauh mana pergantungan kepada yang Maha Esa. adakah kita sudah cuba ?bahkan ada pula merungut kerana dikurniakan itu dan ini. walhal, ia peringatan. sudah tentu penulis sendiri alpha! Ya Allah terimalah taubatku serta sahabatku...


video
[sekadar selingan hati]

0 comments:

Post a Comment

soksek..soksek..