kini
sinar pagi terik mentari
melambai indah seisi dunia
muharram jelma membawa makna...
kelip-kelip dosa yang lalu
biar terus jauh berterbang
biar Yang Esa tentukannya
jangan terus kau memegangnya
tapi kerana benci perbuatannya
untuk terus mendapat cintaNya
terang siang menyingkap malam
dari bayang bersatu badan
meninggalkan seribu kenangan
demi menggapai terus keampunan
hijrah bertandang meyingkap lagi
menyusun indah pelangi kehidupan
tertabur seri segenap alam
agar membuah mekar seharuman
mencipta sejarah, mencapai matlamat
agar tertulis kejayaan disana
demi Dia, cinta padaNya.
0 comments:
Post a Comment
soksek..soksek..