January 16, 2011

Kau Kata Ia Indah

Ada seorang perempuan yang bersuamikan koki, begitu pandainya sang suami memasak sehingga selalu menemukan kelemahan isterinya dalam memasak. Selalu ada komentar tajam dan pedas yang ia lontarkan. Sampai istrinya malas dan berhenti memasak. karena suatu musibah, suaminya meninggal dunia dan perempuan itu menikah lagi dengan karyawan disebuah perusahaan swasta.

Suatu hari istrinya bertanya, 'Pak, bagaimana masakanku?' Sang suami memuji bahwa seumur hidupnya baru kali ini makan makanan yang terenak didunia. Setiap kali hendak berangkat kerja suaminya selalu mengatakan, 'Mama, aku selalu ingin pulang cepat karena mau menikmati masakan mama.'Pujian itu semakin membuat istrinya gemar memasak. Sampai akhirnya membuat restaurant yang terkenal dengan masakan yang enak tiada duanya.

Teman, tutur kata yang positif akan mendorong kita dan memberikan kepercayaan diri. Sudah sepatutnya kita untuk bertutur kata yang baik dan positif untuk memberikan motivasi dan semangat untuk orang-orang yang ada disekeliling kita untuk meraih impian. Kata-kata yang positif adalah anugerah yang terindah yang mampu merubah dunia menjadi lebih lebih baik.
Bertutur katalah yang baik atau diam (HR. Muslim)

dipetik : M. Agus Syafii

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling,

karena seorang buta telah datang kepadanya.

Dan tahukah engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa),

atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?

Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy),

maka engkau memberi perhatian kepadanya,

padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).

Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

Sedang dia takut (kepada Allah),

engkau malah mengabaikannya.

Sekali-kali jangan (begitu)! Sungguh (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan,

Surah ‘Abasa, 80:1-11



alangkah indahnya kata-kata itu seperti terbit pagi menyinari seluruh semesta alam

January 14, 2011

Hujan Oh Hujan Kenapa Engkau Turun...

Jam menunjukkan tepat 2:00 ptg…seperti hari-hari biasa dalam musim sekarang di sekitar skudai, hujan renyai akan mula menyembah bumi masa-masa macam ni. Hujan yang hampir semua dari kita tahu, hujan itu rahmat. Tapi adakah kita semua meletakkan ia seperti sangkaan kita itu? Mungkin.

Jumaat. Selesai para jemaah sembahyang sunat selepas jumaat, badan-badan manusia mula berlegar-legar menuju pintu keluar yang besar dan indah dari masjid itu. Oh…hujan renyai rupanya. “patutla tadi macam bunyi berdengung sikit, renyai-renyai rupanya”, cuit hatiku yang memikirkan bagaimana aku nak balik ke bilik dengan menaiki motor cabuk yang berjasa aku tu.

Sedang ramai kebetulan mula menyerang PC Fair di Dewan Besar bersebelahan masjid, “hujan-hujan macam ni, jom la kita masuk tengok-tengok barang komputer dulu”, sembang-sembang kebanyakan jemaah menyusuri dewan itu. Aku mengambil langkah hanya berdiri tegak melihat keadaan motor aku dan kadar hujan yang turun, “wah…angin pun boleh tahan ni…nak balik okey je…ada moto pulak sekat jalan aku…”, bentak hati kecil aku.

Ada 3, 4 orang ‘member’ aku mula mengambil langkah meredah sahaja hujan itu sementara jalan masih belum sesak.

“tap…tap..tap…”, bunyi hujan dari bumbung pejalan kaki di tepi masjid bersilang-silang dengan tapak kaki deruan manusia ke hulu hilir. Aku hanya melihat gelagat. Dalam celah ramai,

“eh, pak cik ni macam nak kenai je…tak ingat pulak” , pakcik dalam usia awal 40-an dan kelihatan segar dan tenang berjalan melintas hadapan aku. “Selamber je…”, mata aku mula seperti mahu mengekori beliau.

“eh, selamber gila dia redah hujan…org lain dok sibok lari-lari, dia cool jek…”, aku hairan dengan gelagat pakcik yang memang nampak cool dari tadi. Nak kata tua sampai tak boleh lari, tak pon…sihat je tengok. Dari jauh nampak mukanya tersenyum sambil meredah hujan, kadar kelajuan perjalanan pakcik tu sama seperti melintasi di hadapan aku yang masih tercegat di bawah bumbung! Terpaku tengok orang.

Aku mula terasa seperti mahu mengambil tindakan seperti dia. Ya, balik dalam meredah hujan! ooOOoo yeah!!

“eh, tak de ke baju ‘spare’ nih?”, mamat sebelah aku turut mengambil langkah meredah hujan bersama rakannya.

“ah kau…air hujan je pun”, membernya membentak, langsung diam.

Oh…baru aku tersedar, indahnya berada dalam hujan bila hati mengucap syukur dengan rahmat yang diturunkan…seperti pak cik tadi yang tersenyum dalam hujan berseorangan…

“patutla ramai je yang pakat dok redah hujan dari tadi. Rupanya diorang dah lama rasa macam ni !! ceh!!”. Alhamdulillah….

January 10, 2011

Jusco the best tempat melepak...haha

Asal bosan je...dah tak de tempat lain nak pergi...balik-balik tempat sama...kalau tak ke Jusco, mesti ke Giant. Naik cemuih (muak) dah masuk situ. kalau dulu masa kecik-kecik, perghh bukan main seronok kalau bab nak dapat masuk mall nih…telompat-lompat!!

Padahal bukannya nak pergi beli barang sangat pun. Konon nak cuci mata la…yela…nak ‘servey’ harga-harga, mana-mana yang murah ‘time’ tu…sebat je la…kedai RM5 pun main hentam je masuk. Yang akak tu tak abih-abih nak cakap benda yang sama,

“satu barang lima ringgit, masuk-masuk, tak beli tak pe…”

Kadang-kadang lawak la pulak, tapi yela…diorang pun cari makan…bagus la…kerja pun halal…tambah-tambah usaha diorang tu memang patut kena puji. Ingat semua orang ke boleh cakap macam tu?? Jati diri kuat tu.mantap!

“eh, mana si daus nih?”, mael sibuk tanya dengan tangan sambil kelebek (pegang-pegang) tabung kat kedai RM5.

“cari barang dia la tu kot kat dalam Jusco tuh. Dari mula-mula sampai dah bising nak cari minyak rambut Gasby macam aie.”, balas aku.

Jusco kan ada bahagian-bahagian, ada memang tempat barang-barang Jusco sendiri, ada yang bahagian kedai-kedai kecik…

“ah kau mael, setakat nak pegang-pegang je tabung tu tapi tak beli, baik tak payah”, aie kasik ayat ‘power’.

“ntah…tetiba macam smart arr plak tabung bentuk tong gas nih…tapi mahal la pulak”.

“alah, beli je la…beli tabung mahal sikit pa salahnya, janji tahan. Nanti duit dalam tu ko jugak yang nak guna”, balas aie.

“ha ah…beli je la, kitorang pun masing-masing dah ade…ko je yang takde lagi”, aku dah mula kasik ayat confius untuk pastikan dia beli...haha.

“ape-ape? Mael nak beli tabung ke? Mau ke nak penuh nanti tuh? Kang korek buat guna mesin basuh baju je tiap minggu. Suku pun tak sempat nak penuh”, sampuk daus ntah tetiba kat belakang aku ngan beg plastic Jusco. Keras(‘straightforward’) gak r...huhu.

“ha ah, tak la ko asyik datang bilik aku nak tukar duit syiling je. Kurang-kurang ada gak duit menabung ko tu nanti. Boleh gak pakai ‘time’ terdesak. Gamak-gamak kalau kitorang yang terdesak, kitorang je lah pakai….hahaha”, sampuk aku.

“hahaha…..aku pun, aku pun nak pinjam gak nanti,hahaha…”, pecah gelak kat kedai tuh. Kakak ‘salesgirl’ tu dok usyar-usyar gangster plak. Adeh…jom-jom, cepat bayar.blah...

January 09, 2011

Akan ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

-Akan ku Jumpa, Azfar

January 07, 2011

Semua Bab Engkau Sapu...Haih

Bukan main lagi engkau…orang nak main futsal…engkau paling semangat sekali nak main…siap pergi ketuk-ketuk pintu bilik aku…pepagi buta lagi…aku baru je sedap-sedap ‘landing’ atas katil empuk aku nih….

“ah ko…semalam cakap nak main futsal…skank dok ‘landing-landing’ nak tido…cepat-cepat. Tak elok tido lepas subuh, ko tak denga ke tazkirah subuh tadi?!!”-bentak engkau bukan main sakan…tambah-tambah tazkirah subuh tadi tentang barakah berjaga lepas subuh.

Pergghh…tak ada satu hari pun yang engkau tak semangat main futsal…rembat kadang-kadang macam nak main bola padang. Kalau dalam dewan tak pe la jugak nak rempat sampai pecah cermin pun…

Bak kata semua ‘game’ engkau sapu main…perghh….engkau reti ke…tidak ke…main hentam je…mana tak nya…ko cakap dulu boleh hilang ‘stress’ sikit. Aku ingat lagi, “eyh…main ni kena bersungguh, ko ingat nak study je ke kena struggle?? main pun ‘struggle’ ar…best woo!!PUAS!!”, bak kata engkau hampir setiap kali kita turun padang…naik muak aku dengar.

Tapi satu ja…kau memang tak suka balik lambat-lambat bila main. Aku ingatkan engkau memang tak nak balik lambat sebab kau nak turun semayang Jemaah kat surau semata-mata…aku ‘respect’ la…tapi rupanya, bukan setakat turun Jemaah…setiap kerja-kerja engkau memang engkau tak suka lambat-lambat. Sampaikan ada sekali tu, kau sampai nak emo dengan ‘member-member’ kita. yela…engkau yang paling ‘sharp’ bila nak pergi makan. Padahal nak pergi makan cucur udang kat kedai belakang tu je. Haih…naik hairan aku dibuatnya.

Tengah hari jumaat lepas kau datang bilik aku…macam biasa la…dah pukul 12.40 tengah hari, memang masa engkau ajak aku pergi semayang jumaat sama-sama. Sip sikit minyak motor kau kata masa tahun dua dulu. Kebiasaannya, kau tak pernah lupa nak pesan kat aku bawa duit sikit, buat kasik kat masjid nanti. Tapi jumaat lepas engkau tak pula pesan. Alih-alih, bila dah habis semayang jumaat engkau tanya,

“eh, ko tak derma ek kat masjid tadi?aku saja tak nak ingatkan ko tadi…hehe”

“aku kasik la tadi sebelum semayang jumaat.ceh!”

Haih..engkau saja tak pesan kat aku rupanya sebab nak tengok aku lupa ke tak?…huh! Ah…tapi sebelum ni pun engkau selalu juga tak bawa…aku pula ada can la nak nyakat engkau…haha…engkau pulau jawab,

“ha ah, aku lupa nak bawa duit la minggu ni. Salah ko la, tak nak pesan kat aku,hehe..so maknanya minggu depan aku kena kasi dua kali ganda la…kira aku hutang dengan masjid la skarang ni”

Tersentak kejap aku. hutang? Oh, mungkin sebab tangan engkau terlalu ringan bagi derma sedikit engkau tu kat masjid, sampaikan terlupa pun kau cakap kau berhutang….