January 14, 2011

Hujan Oh Hujan Kenapa Engkau Turun...

Jam menunjukkan tepat 2:00 ptg…seperti hari-hari biasa dalam musim sekarang di sekitar skudai, hujan renyai akan mula menyembah bumi masa-masa macam ni. Hujan yang hampir semua dari kita tahu, hujan itu rahmat. Tapi adakah kita semua meletakkan ia seperti sangkaan kita itu? Mungkin.

Jumaat. Selesai para jemaah sembahyang sunat selepas jumaat, badan-badan manusia mula berlegar-legar menuju pintu keluar yang besar dan indah dari masjid itu. Oh…hujan renyai rupanya. “patutla tadi macam bunyi berdengung sikit, renyai-renyai rupanya”, cuit hatiku yang memikirkan bagaimana aku nak balik ke bilik dengan menaiki motor cabuk yang berjasa aku tu.

Sedang ramai kebetulan mula menyerang PC Fair di Dewan Besar bersebelahan masjid, “hujan-hujan macam ni, jom la kita masuk tengok-tengok barang komputer dulu”, sembang-sembang kebanyakan jemaah menyusuri dewan itu. Aku mengambil langkah hanya berdiri tegak melihat keadaan motor aku dan kadar hujan yang turun, “wah…angin pun boleh tahan ni…nak balik okey je…ada moto pulak sekat jalan aku…”, bentak hati kecil aku.

Ada 3, 4 orang ‘member’ aku mula mengambil langkah meredah sahaja hujan itu sementara jalan masih belum sesak.

“tap…tap..tap…”, bunyi hujan dari bumbung pejalan kaki di tepi masjid bersilang-silang dengan tapak kaki deruan manusia ke hulu hilir. Aku hanya melihat gelagat. Dalam celah ramai,

“eh, pak cik ni macam nak kenai je…tak ingat pulak” , pakcik dalam usia awal 40-an dan kelihatan segar dan tenang berjalan melintas hadapan aku. “Selamber je…”, mata aku mula seperti mahu mengekori beliau.

“eh, selamber gila dia redah hujan…org lain dok sibok lari-lari, dia cool jek…”, aku hairan dengan gelagat pakcik yang memang nampak cool dari tadi. Nak kata tua sampai tak boleh lari, tak pon…sihat je tengok. Dari jauh nampak mukanya tersenyum sambil meredah hujan, kadar kelajuan perjalanan pakcik tu sama seperti melintasi di hadapan aku yang masih tercegat di bawah bumbung! Terpaku tengok orang.

Aku mula terasa seperti mahu mengambil tindakan seperti dia. Ya, balik dalam meredah hujan! ooOOoo yeah!!

“eh, tak de ke baju ‘spare’ nih?”, mamat sebelah aku turut mengambil langkah meredah hujan bersama rakannya.

“ah kau…air hujan je pun”, membernya membentak, langsung diam.

Oh…baru aku tersedar, indahnya berada dalam hujan bila hati mengucap syukur dengan rahmat yang diturunkan…seperti pak cik tadi yang tersenyum dalam hujan berseorangan…

“patutla ramai je yang pakat dok redah hujan dari tadi. Rupanya diorang dah lama rasa macam ni !! ceh!!”. Alhamdulillah….

0 comments:

Post a Comment

soksek..soksek..