January 07, 2011

Semua Bab Engkau Sapu...Haih

Bukan main lagi engkau…orang nak main futsal…engkau paling semangat sekali nak main…siap pergi ketuk-ketuk pintu bilik aku…pepagi buta lagi…aku baru je sedap-sedap ‘landing’ atas katil empuk aku nih….

“ah ko…semalam cakap nak main futsal…skank dok ‘landing-landing’ nak tido…cepat-cepat. Tak elok tido lepas subuh, ko tak denga ke tazkirah subuh tadi?!!”-bentak engkau bukan main sakan…tambah-tambah tazkirah subuh tadi tentang barakah berjaga lepas subuh.

Pergghh…tak ada satu hari pun yang engkau tak semangat main futsal…rembat kadang-kadang macam nak main bola padang. Kalau dalam dewan tak pe la jugak nak rempat sampai pecah cermin pun…

Bak kata semua ‘game’ engkau sapu main…perghh….engkau reti ke…tidak ke…main hentam je…mana tak nya…ko cakap dulu boleh hilang ‘stress’ sikit. Aku ingat lagi, “eyh…main ni kena bersungguh, ko ingat nak study je ke kena struggle?? main pun ‘struggle’ ar…best woo!!PUAS!!”, bak kata engkau hampir setiap kali kita turun padang…naik muak aku dengar.

Tapi satu ja…kau memang tak suka balik lambat-lambat bila main. Aku ingatkan engkau memang tak nak balik lambat sebab kau nak turun semayang Jemaah kat surau semata-mata…aku ‘respect’ la…tapi rupanya, bukan setakat turun Jemaah…setiap kerja-kerja engkau memang engkau tak suka lambat-lambat. Sampaikan ada sekali tu, kau sampai nak emo dengan ‘member-member’ kita. yela…engkau yang paling ‘sharp’ bila nak pergi makan. Padahal nak pergi makan cucur udang kat kedai belakang tu je. Haih…naik hairan aku dibuatnya.

Tengah hari jumaat lepas kau datang bilik aku…macam biasa la…dah pukul 12.40 tengah hari, memang masa engkau ajak aku pergi semayang jumaat sama-sama. Sip sikit minyak motor kau kata masa tahun dua dulu. Kebiasaannya, kau tak pernah lupa nak pesan kat aku bawa duit sikit, buat kasik kat masjid nanti. Tapi jumaat lepas engkau tak pula pesan. Alih-alih, bila dah habis semayang jumaat engkau tanya,

“eh, ko tak derma ek kat masjid tadi?aku saja tak nak ingatkan ko tadi…hehe”

“aku kasik la tadi sebelum semayang jumaat.ceh!”

Haih..engkau saja tak pesan kat aku rupanya sebab nak tengok aku lupa ke tak?…huh! Ah…tapi sebelum ni pun engkau selalu juga tak bawa…aku pula ada can la nak nyakat engkau…haha…engkau pulau jawab,

“ha ah, aku lupa nak bawa duit la minggu ni. Salah ko la, tak nak pesan kat aku,hehe..so maknanya minggu depan aku kena kasi dua kali ganda la…kira aku hutang dengan masjid la skarang ni”

Tersentak kejap aku. hutang? Oh, mungkin sebab tangan engkau terlalu ringan bagi derma sedikit engkau tu kat masjid, sampaikan terlupa pun kau cakap kau berhutang….

1 comments:

me_yana said...

bagusnye engkau tu..

Post a Comment

soksek..soksek..