July 18, 2010

Hapuskanlah Air Mataku...


Disaat orang yang dulu menyayangiku kini tidak peduli, mereka menjauhiku. Disaat orang yang dulu memujiku kini malah menghinaku, dunia ini menjadi begitu sepi, sunyi senyap, sendiri. Rasanya sudah tidak ada yang peduli denganku, tidak ada yang mau menemaniku, semuanya meninggalkanku dalam kesendirian dan penderitaan, Ya Allah hapuslah air mataku!' tutur seorang bapak di Rumah Amalia. Wajahnya begitu nampak bersedih. Air matanya berlinang.

Semua yang di dunia ini akan hilang, harta, sahabat, pasangan hidup, kekasih, kesehatan, kebahagiaan dalam sekejap mata semuanya hilang dan meninggalkan kita. Tetapi bagi seorang Mukmin yang hatinya masih memiliki iman ada satu hal yang tidak akan pernah meninggalkan diri kita justru malah makin mendekat dan mau menemani kita disaat menderita yaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kekasih sejati bagi seorang Mukmin.

Adakah yang bersedia menemani kita disaat kita membutuhkannya? Adakah yang menghibur kita disaat kita merasa yang paling menderita didunia ini? Adakah yang mencintai kita disaat kita tidak mencintainya? Tidak satu orangpun yang sanggup melakukannya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan selalu menemani dan menyayangi anda. Asalkan anda yakin dengan sepenuh hati kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Janganlah bersedih! Jika kita masih sebagai orang yang beriman kepada Allah, kita masih memiliki sahabat sejati. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. ar-Rahman dan ar-Rahim melimpahkan cinta dan kasih sayangNya begitu besar bagi hamba-hambaNya yang beriman. Dipenghujung kata, terdengar suara lirih berdoa, 'Ya Allah hapuslah air mataku!'


Allah Berfirman, ''Jika Seorang hamba mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku akan mendekatkan diriKu sehasta. Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta maka Aku akan mendekatkan diriKu sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki maka Aku akan datang kepadanya berlari.' (HR. Bukhari & Muslim).


[sekadar hiasan yang bukan untuk berhias atau menghias. tapi kiasan jelas memohon sesuatu...Jika Aku Jatuh Hati..]

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmatilah aku dan pertemukan aku dengan teman yang mulia."-HR. Ahmad


dipetik dan sedikit menambah dari agussyafii

July 05, 2010

Kenali Masjid Al Aqsa

Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.

Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan ‘Dome’ itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Knowledge is power indeed.

There's no doubt about that.

- Brian Kim

Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah – Umar – Abdul Malik.

Keduanya berada dlm kawasan Masjidj Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.

Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami’ atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama’ tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.

Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. “Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

Sumber : Aqsa Syarif

Sumber Asal : Aqsa Syarif Johor

July 03, 2010

Berbezakah Kita


Kita lantang menuding jari telunjuk ke langit
"Allahhu Akhbar !!!"
"Selamatkan Saudara Kami !!"
tapi tangan yang sama memilih hebat
barangan jelas membantu penubuhan Israel di kedai-kedai.

Bibir kita berkumat kamit tanpa henti
"Zionis kejam !! Zionis tidak berperikemanusiaan"
tapi mulut ini juga menjamah kaya
makanan 'telus' dari kekejaman itu.


Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam,
maka dia bukanlah dari kalangan mereka
(Hadis Nabi SAW.)


Berbezakah kita dengan mereka?
mungkinkah cara solat kita tidak sama dengan cara mereka?
atau adakah Syahadah kita
di Malaysia tidak sama dengan Syahadah mereka di Palestin ???!!

June 29, 2010

Engkau Seorang Kaya


kalaulah aku menjadi sang kaki kaya
akan ku menabur bakti menghulur pada ibuku, keluargaku
akan ku lantang 'Palestin ku bantu !!'
akan ku sumbang pada kebangkitan masjid surau ditelingaku
akan ku belanja seronok sahabat handai gila-gilaku
akan ku melunas tunggakan berbuku tebal 555 ku
akan ku mencari lubang sedekah menampung dosa-dosaku

Kalau Aku Seorang Kaya Raya

tapi
ya, ku bukan dalam karangan kaya
namun ku bisa saja melepas erat 'kaya'ku itu
walau bukan seperti limpahan air sungai Lata Kijang
yang berani menerjun ditebing tinggi Tapah
tapi boleh saja bak lebah memungut madu si cantik debunga, sedikit.
tetap kekal hebat menjadi sebekas sarang manis melekit
terus diguna, terus diperlukan
berpanjangan.....
terus mensyukuri....Terima Kasih Illahi
bahwa Kau Maha Pengasih


June 19, 2010

"Palestin : Dad, You Should Go There...."


Cengiz Songur dari Konya telah bergabung dengan armada Kebebasan. Ketika ia mengumumkan kepada keluarganya bahawa dia akan pergi ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, salah satu daripada enam orang anaknya perempuan meletakkan surat ke dalam saku jaket.


"Ayah, anda perlu pergi ke sana supaya terbit senyuman di wajah anak-anak yatim"


Cengiz Songur tidak menyedari kehadiran surat itu sehingga ia menaiki atas kapal ke Gaza.Surat itu bermula dengan kata-kata: "Aku mempunyai beribu-ribu perkataan untuk memberi tahu mu, tetapi sekarang semuanya tersangkut di tenggorokku. Aku takut, ayah. Aku merasa takut kerana aku melihat kesedihan di mata kakakku 'dan ekspresi bimbang di wajah ibuku. Ayah, jangan merasa takut. Sila, pergi ke sana, ayah. Pergi ke sana untuk meletakkan senyum di wajah anak-anak yatim, pergi ke sana untuk menerima keinginan baik dari ibu. Pergi ke sana walaupun anda tidak akan dapat kembali. Hal ini indah untuk menjadi anak anda, saya sangat bangga padamu ayah. "

Mavi Marmara berangkat, ayah itu berusia 47 tahun dari 7 anak-anak, menunjukkan surat itu dengan sukacita dan kebanggaan untuk sesama penumpang. Pada 31 Mei, 2010 ia menemui syahid dalam penyerbuan ke atas Mavi Marmara. Dia membawa surat ini di saku ketika angkatan laut Israel menyerang.

Setelah syahidnya Cengiz Ozgur di tangan tentera Israel, anak-anaknya menulis surat perpisahan yang lain untuk mengekspresikan perasaan mereka:

"Israel, anda perlu takut. Anda harus takut sekali. Kali ini burung * Ababil berenang jalan melalui laut. Kali ini, burung Ababil tidak membawa batu di kaki mereka, tetapi manik-manik marmar di tangan mereka. Israel, awas kau. Ya Tuhanku, yang menghantar burung-burung Ababil untuk menghancurkan gajah besar dengan batu kecil di hayat mereka, sekarang menghantar ababil dengan manik-manik marmar untuk menghentikan tindakan kejammu. Israel, awas kau. Orang-orang beriman akan memburu mu.



Ayah, di mana kau sekarang? Apa yang kau lakukan? Jangan hiraukan air mataku. Aku sedar, aku menangis kekanak-kanakan. Ayah, aku berdiri kuat. Menonton anda. Aku kadang-kadang menunjukkan gambar mu dengan putriku, dia masih berfikir kau pergi untuk memancing. Ketika dia melihat gambar, dia bertanya tentang tentera Israel, dia fikir mereka berada di sana untuk memancing bersama, ia menyangka senjata besar mereka itu adalah peralatan memancingnya. Saya tidak dapat mengatakan kepadanya bahawa mereka adalah 'pembunuh’. Ayah sentiasa mengajarkan saya untuk menjadi penyayang. Ayah mengajar saya untuk memiliki belas kasihan, merasai kesusahan orang lain dan mencintai orang lain. Aku hanya bisa menyatakan kepadanya bahawa "mereka adalah orang-orang yang tidak mahu datukmu menangkap ikan'. Ayah sesungguhnya engkau bukan pergi menangkap ikan tapi untuk kebebasan (Gaza) melalui laut. Kebebasan akan digengam oleh tangan anak-anak di Palestin. Kebebasan kehendak bumbu terbaik yang pernah disajikan kepada mereka. Saya yakin sekarang bahawa ayah bebas. Kita bebas.Gaza bebas! "

Cengiz Songur adalah salah satu orang 9 orang martir pada kapal-kapal bantuan kemanusiaan menuju Gaza. Semoga Tuhan memberkati dia dan semoga dia berehat dalam damai.

* Ababil burung adalah sejenis burung besar yang dinyatakan dalam Al-Quran yang dihantar oleh Allah untuk menjatuhkan batu-bata tanah liat merah pada pasukan tentera bergajah raja Yaman untuk menyerang kota Mekah sebelum Nabi Muhammad dilahirkan.

June 06, 2010

Bila Berubah

[burung unta tak mencari makan sebegini]

Bila semua dah berubah. petikan suara dan sedikit olahan, dari Ust Faisal bin Hamid pensyarah UM.

Derhaka. dulu kisah anak-anak derhaka. tapi sekarang timbul pulak ibubapa yang derhaka. Salah?? Try 'usyar-usyar' Solusi Isu Ibubapa Derhaka. kalau dulu kat dalam iklan Petronas tentang anak buang ibubapa. tapi sekarang Iklan TV tentang ibupaba buang anak dalam longkang, tepi jalan! betul kata-kata Ust Faisal bin Hamid dr UM, "zaman skarang ni dh banyak berubah.kita kena creative". Yang jahat dilawan baik. Dah tahu? Dah kan. Cuma cara? tula dipanggil creative.

Kalau baik tu ada banyak standard, wajib sunat dll. masalah timbul bila bab ikhlas. sebenarnya tak ada pun kalau dalam konteks buat yang wajib. Yela, nak buat ikhlas ke tak ke, peduli hapa, memang dah wajib buat dah pun!! Tak payah nak gopoh-gopoh mengata 'orang' itu ini tak ikhlas sembahyang Maghrib!! Ikhlas tu bicara Allah.

Yang sunat pun sebenarnya ada yang perlu di tunjukkan sebenarnya. kalau 'kita' boleh kata Tok Imam tu tak sembahyang sunat lepas Isyak, tahu ke dia tak semayang kat rumah? Haaa....masalah kat sini timbul bila yang sunat ada yang perlu ditunjukkan sebab tak nak buka ruang timbul fitnah. Tapi bukan semua ye.

Pendek kata, gotong royong tu perkara baik. Tapi tak kan nak bawak balik bawang....pegi kupas kulit bawang, potong-potong bawang kat rumah sendiri????Sembunyi buat baik la katakan!!!

Oleh sebab yang haram tu satu standard je. So, yang haram memang tak boleh buat la...sembunyi ke terbuka ke. Dan yang pastinya...jangan 'cerita-cerita' kisah yang 'kita' pernah buat 'dulu' kat orang pulak...menjaja macam pisang goreng. Sebabnya, celaka la siapa yang menjadi pelopor kejahatan. Tak? memang tak pun...Cuma 'kita' bertenggek berduaan lelaki perempuan selalu je!!!

Ya...memang kena inovative and creative. Sekarang ni...boleh tanya la...siapa yang tak pernah dapat SMS random tentang l*cah ?? Tapi pernah ke kita mesej random kempen Palestin contohnya? Dalam konteks mengajak perkara yang baik secara random....? Itu la dipanggil creative. Tapi sekarang...yang baik 'perlu' nak malu, perbuatan yang jahat seronok menjaja.

Kalau bab orang 'susah' atau kaya pulak. yang 'kita' orang 'susah' [yang kaya pun kata orang susah...tak pernah-pernah nak rasa rezeki tu dah cukup] ni nak buat baik, buat sedekah, nak syurga la katakan. Tak nak?!? Contoh kalau nak letak makanan hari jumaat. Si Kaya nak buat anggur jumaat la. Bagusla. Tapi dia kaya!! 'Kita'?....buat je la cara kita. Orang susah kan...yang famous ngan jolokan sirap jumaat, pisang jumaat pun dah ok disedekahkan, letak tepi tangga.

Gamak-gamak nak best lagi, kalau nak wat sirap tu...pakat-pakat je kongsi. Gula, ais, sirap...masing-masing lain-lain orang yang beli. Nak bijik selasih sekali pun ok. Kalau air tu..air paip pun tak pa kot...Eh salah??Amboihh..yang beli kat tepi jalan seringgit tu?Air dimasak ke???

April 29, 2010

Petanda itu Bukan Sekadar Menanda

Satu artikel yang baru dijumpai...mungkin ramai yang dah tahu...hanya sekadar peringatan keras kepada diri dan semua sahabat-sahabat bila datangnya ia...tiada lagi pengampunan dikurniakan...semoga kita sama-sama mengambil kaedah untuk bukan lagi sekadar membaca...

ARTICLE (April 09 2010): The science of astronomy states that the speed of planet Mars has been decreasing in its course toward the eastern direction in the past few weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west and on Wednesday the 30th of July the planet movement stopped going toward the eastern direction.

Then in the months of August and September...Mars changed its course in the opposite direction to the West- and that until the end of September which means the sun will rise now from the west on Mars!! And this weird phenomena of the opposite movement is called "Retrograde Motion" Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west!!

This might occur soon and we are unaware! The rise of the sun from the west is mentioned in the hadith and this is the major sign of the day of judgement, most if not all, the minor signs have occurred. Wake up. Our beloved messenger Mohamed (Peace Be Upon Him) said: "One of the signs of the hour the sun will rise from the west, where no longer tauba (forgiveness) will be granted"

!!And the strange thing most of our Shariah scholars mentioned that the rise of the sun from the west occurs only once on that day the sun will rise from the west then again from the east and continues until Allah wishes and this is similar to what is happening to Mars it stops, then it changes its course of direction for a short period of time then returns to way once it was.

And Abdullah Bin Amro (R.A.) said: (I memorised from the messenger (SAW) a hadith I will never forget I heard the messenger of Allah (SAW) say: The first aya to come the rise of the sun from the west) [Ahmad]. And the messenger SAW "Allah places HIS hand at night to forgive his morning sinners, and places in the morning to forgive his night sinners until the sun rises from the west" [Muslim].

This piece of news is very important as it brings with it a great sign of warning and remembrance of the coming of a new WORLD - the world of he Hereafter When we show this hadith that was told 1400 years ago about this miracle..you will see InshaALLAH, a lot will revert to right path...And the Muslims if they see this phenomena happening in Mars who knows maybe it would bring them closer to our CREATOR. May Allah keep all of us in the right path and provide us with success in this world as well as in the hereafter.

Artikel ini dipetik dari Business Recorder

Diharap kita sama-sama berjuang memohon keampunan dan terus menerus meningkatkan amal...bukan sehari tapi mantain...bukan sekadar maintain...tapi meningkat...semoga Allah mengurniakan umur yang sihat serta hidayah kepada kita bersama dalam mencari keberkatan hidup....insyaAllah...

April 20, 2010

Jika Ini Jalan


hari dah pun mencecah malam, ya...malam...siang berganti malam.

"Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)."
[3:27]

aku terlepas lagi sekali satu program...OH..BUKAN TERLEPAS...TAPI AKU YANG MELEPASKAN...lain...sangat lain ok!!

entah dah kali ke berapa...dah sampai tak boleh dikira dengan jari! banyak! aku lebih senang bila masukkan dialog...ya...terutama tentang ngomel-ngomel yang bukan ngomel kosong

"tak pe la...nanti...next program...kita boleh jumpa lagi..."

"haaa...jauhnya nak pegi"

ya...tepat...sangat tepat. jauh. next program masih ada. tapi tentu ke aku ada??! tentu ke nextprogram dekat? mudah perjalanan? langkah mana yang tak dak pengorbanan?? kalau nak makan, tak disuap, nasik tak kan terbang masuk dalam mulut!!

kadang-kadang aku marah....bukan orang lain...diri sendiri..sebab jalan ada terbentang luas depan mata...pilih ja yang mana satu.mudah! macam satu ungkapan,

"jalan kejayaan ada disebalik dinding itu,cuma kita perlu membuka pintu dengan kunci yang betul"

ya...cuma...terkadang...aku sendiri yang tersalah ambil kunci...mungkin permainan perasaan, atau memang betul! (tapi siapa yang nak jalan yang salah??) sebab aku masih disini! goyang kaki? guling-guling? sembang-sembang? makan-makan? ahh...!!

memang...memang marah dengan diri sendiri...tapi, kalau ini adalah jalan terbaik buatku...Kau tabahkanlah hatiku

"Ya Allah...aku memohon kepadaMu tunjuki jalan padaku, permudahkan urusanku, cekalkan hatiku, Kau tempatkanlah aku bersama orang-orang yang tinggi imannya pada pandangan mataMu, aku bertawakal kepadaMu, aku bertawakal kepadaMu, aku bertawakal kepadaMu. serta Kau pilihkanlah aku diantara yang terpilih. semoga kalian dapat menjalankannya dengan lancar beserta kepulangan kurnian yang sungguh lumayan kelak. insyaAllah. "


فِيْ حِفْظِ اللهِ ، وَفِيْ كَنَفِهِ ، وَزَوَّدَكَ اللهُ التَّقْوَى ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، وَوَجَّهَكَ فِيْ الْخَيْرِ حَيْثُ تَوَجَّهْتَ

Maksudnya : “Dalam penjagaan Allah, dan perhatianNya, muga Allah memberikan kepadamu ketaqwaan dan diampuni dosa-dosamu , dan muga Allah menunjukkan kepadamu arah kebaikan dimana sahaja engkau berada.


Petua beramal
Apabila seseorang itu memberitahu tentang perjalanannya, maka mohonlah kepada Allah untuknya seperti yang terdapat dalam doa ini.Ini selaras dengan amalan Nabi yang mendoakan untuk sesiapa sahaja yang memaklumkan kepada Nabi tentang permusafirannya.
(Riwayat Ibnus Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no 502, al-Khara`itiy dalam Makarim al-Akhlak no 762)


Doa dipetik dari entry Ust Zahazan Mohamed di facebook.

April 19, 2010

PetangMu Ini...


petang ini...
aku masih lagi terus memikirkan ia,
bagaimana mungkin aku boleh menjerumuskan diri
melangkah terus mengikut jejak-jejak sahabat handaiku
yang sungguh gembira pada hati mereka,
yang dapat bersama mengumpul,
yang dapat bersatu berjuang,
tapi, aku masih terbengkalai
seperti kapal karam di tengah lautan
diam, dijauhan...

petang ini...
aku masih lagi melilau-lilau
melihat ruang mataku pada sang rumah lengangku
kosong rasanya, sepi
terdiam...

petang ini...
aku masih mencuba hidupkan kembali suasananya,
mencuba mengemas tanaman halaman
yang telah sekian aku tinggalkan,
mengemas seisi ruang rumahku

petang ini...
aku terasa seperti tidak lagi sanggupku gagahi
terus berdiri disini,
terus mengibar bendera kekuatan hatiku
yang hanya berdiri kaku dalam kekalutan dunia

petang ini...
terimbas lagi semuanya disini
biar bukanku datang asal tanah ini
tapi ia masih bisa menyengat ingatanku
Kau tempatkanlah dia bersama syuhada'Mu

petang ini...
terimbas memori kala berada di perantauan sana
sungguh indah walau penuh suka duka
tapi itu pengubat jiwa

jika disini, beserta syurga keluarga
tapi disana, dikeliling syurga teman-teman
ya...ana uhibbuka fillah...
walau aku masih terus diam kaku dilautan karam
Kau tabahkanlah hatiku ya Allah
pada petangMU ini...



April 15, 2010

Bila berStudy Group

alhamdulillah...aku mulakan

selamat jua aku menghabiskan paper final yang hanya 4 subjek yang merangkumi cukup-cukup seminggu.(wheeewwww...sambil lap peluh di dahi...) dengan lantang dikatakan antara course terawal yang berjaya menghabiskan final kat UTM(yeke? xtry check pun...:p).

memang banyak gak la aktiviti-aktiviti 'paranormal' berlaku semasa final kali ni...study group yang tempatnya besh sangat...(bukan library ok)baru la terasa macam warga universiti. mana taknya, selama ni bila duduk kat kolej yang serba serbi ada...rasa macam dah terbiasa macam tu. langsung tak ada pembaikan dalam cara menuntut ilmu akademik...bilik study beraircond ada, bilik TV, surau beraircond, semuanya complete kat blok yang sama...fuhh~

tapi bila berjauhan sikit...baru terasa 'begitu dan begini' masyarakat sekitarku yang kadang-kadang langsung tak terfikir. yela...tempat belajar kat lain..tempat semayang tempat lain...baru feel...hohoo~ 'turun padang'?OH! itu bukan istilah yang tepat untukku kerna aku bukan ketua mana-mana kelab mahupun politik...hehehe...:p

tapi...dalam proses tu...banyak aku pelajari...walau tak sampai seminggu group study tu...sangat banyak mengajar aku...ya..ilmu akademik...jua ilmu lainnya(ilmu apa????)...bilamana bercakap 'study group'...dah tentu kita punyai siapa ahlinya. ya, mungkin setiap ahli punyai objektif tersendiri.

objektif study group :

1. mungkin ada bersama sebagai langkah terbaik untuk memantapkan ilmu akademiknya yang selama ini tak sempat nak cover, so..this is the express way...

2. mungkin sibuk dengan perjalanan kerja-kerja (yang aku sendiri belum berjaya putuskan kerna masing-masing punyai urusan tersendiri...).

3. mungkin juga ada ahlinya yang hanya sekadar inginkan kebersamaan, mungkin selama ini hanya sekadar 'sembang-sembang kedai kopi' di kelas~

4. mungkin ada juga yang sememangnya sangat suka jadi sebahagian dari ahli kumpulan...walaupun dia sempat atau tak nak cover semua bab bila study group ni...

5. mungkin juga ada yang suka kerna sukakan perubahan dari tempat ke tempat(hijrah kot~), dari biasa menjadi luar biasa.

YA, semuanya punyai cara, punyai misi, punyai tujuan tersendiri. antara sama atau tidak dibelakangkan sedikit untuk mencapai group study. kan???

usaha semana yang mampu...ya...memang kejayaan yang dikejarkan tapi bukanlah ia sebagai utamanya...kerna semuanya sangat bijak menilai yang kita mencari jalan usaha untuk berjaya tapi dengan meletakkan level/tahap usaha itu sebenarnya yang akan dipertimbangkan. gagal atau jaya bukan kita tentukan.

aku selalu dengar...'manis' sangat..'indah'....tapi...

"tengok dia tu...langsung tak study...tapi bila result keluar...GEMPAK GILA!!"

"ah dia tu...study bukan main kuat, tapi result takdela tinggi manapun...biasa je"

"ala...study banyak mana pun...sama gak xleyh jawab final...huh!"

Hah...ya...masing-masing ada analisisnya...samaada mahu tergolong dalam golongan 'tidak belajar' atau golongan yang 'belajar'...mungkin kita seronok bila kita berjaya tanpa usaha...tapi seronok ke kita bila langsung tak ada nilai?sebab usaha yang dinilai...sedangkan 'berjaya' itu telah pun ditetapkan. begini...sebanyak manapun kita berusaha...jikalau telah ditetapkan rezekinya gagal...maka,gagallah. tapi jika berjaya, maka berjayalah hujungnya...yang pastinya Dia tahu keputusan mana terbaik untuk makhlukNya. tapi jangan pulak sampai langsung tak berusaha sedangkan itu yang dinilai...dan jangan pulak sampai bersangka buruk pada Dia. sejauh mana kita bergantung padaNya, ditambah dengan doa yang bersungguh dan tawakal pada Illahi itu sebenarnya...kerna kita hambaNya.

ujian itu dimana-mana. cuma tinggal pilih cara terbaik untuk ditangani. yang gagal mungkin kerna sebagai teguran atau dugaan. juga mahupun sebagai keampunan dari Illahi. berjaya juga adalah ujian, yang mampu menjadikan riak bukan kepalang!!

Okey...masuk perjalanan seterusnya...lepas final pun selesai...pulang la...heee...kalini...aku balik pula dengan seorang sahabat. kereta. wah...terasa seperti indahnya berukhwah...bila kita dapat taaruf. biarpun tak seberapa mana bagi 'mata-mata' yang tidak mengerti...tapi bila dapat diselitkan dengan hukum-hukum, teguran-teguran yang sebenarnya mampu membawa hati keras menjadi lembut...insyaAllah.

perjalanan yang sedikit panjang dari JB-KL itu sebenarnya banyak juga mengajar aku..mengajar dalam aku berfikir...mengajar aku erti kehidupan...mengajar aku dalam berurusan...juga mengajar aku dalam kebijaksanaan. juga menilai...jika dulu...jika mulut mengomel...hanya cebisan air liur tak bernilai keluar...sekadar cerita kedai kopi....tapi...bila hati diceritakan dengan kisah yang membantu dalam pembinaan 'batu bata bangunan' kehidupan, hah...seronok!gembira!...sungguh~ditambah pula bila kita kenal...kita rapat siapa yang menjadi sebahagian batu bata yang mengukuh...ah...berbeza dari hanya mendengar cerita-cerita dari mulut orang lain.

contohnya...si A ceritakan kejayaan si Dato' B yang tidak punyai ikatan. tapi berbeza dengan si C menceritakan kisah-kisah proses mencapai kejayaan si D yang sangat berkait rapat dengannya yang sememangnya si C juga terlibat secara tidak langsung....(fuhh...sila berfikiran dengan sangat luas...hehehe...=p)

oh...semoga berkekalan dijalan ini. semoga ukhwah sangat membantunya dan berkekalan. semoga keputusan final kami keputusan yang baik. semoga Allah kurniakan terbaik untuk semuanya....Aaminnnnn~....

April 05, 2010

Yang Telah Pergi Datang Kembali!!

SERAMM...Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa di mana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri!!!

Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.

Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

sumber : email