

Apl aku mula mngimbau kembali kisah silam y rasanya spt smlm. Harini genap setahun pemergian abahku, 10:30, 27 oktober 2009. Belum sempat aku mmbalas segala jasanya y trlalu byk dlm mmbesarkn aku sehingga aku telah brjaya memijak d bumi UTM ini….ah..bukan setakat itu. Makan minum y langsung aku tdk prnah fikirkn, dr mna dtgnya dlu…pakaianku…bahkan kegembiraanku! Aku tdk tahu bagaimna sshnya abahku bekerja berempas pulas ketika kami sekeluarga d Gerik Perak. Abahku y hanya sekadar pekerja bawahan tetap kuat, semangat dlm bekerja. Y kelihatan cuma wajah kepenatan dia pd jam 5ptg itu. Tp dia cuba smbunyikan dr kami anak-anak. Langsung aku tdk fikirkan. Asalkn dpt apa y aku mahu. Air kelapa y dijoloknya? Mainan? Susu setin y dibawa pulang sekali?…dn setiap ujung mnggu…mesti akan ada kata-kata dr nya…"adik, nk ikot abah pegi pasar mlm?”…itu mmg kata-kata y selalu keluar dr mulutnya. Aku tidak tahu, abahku mst ingin mmbawa aku pergi ke pasaraya besar spt kwn-kwn nya y lain…y sering mmbawa anak-anak mereka ke pasar-pasar besar y jauh dr Gerik. Ada y ke Sg petani, Baling, ipoh. Aku tidak tahu y abahku tidak punyai duit y byk utk mmbawa kami anak-anak ke tmpt spt itu. tp dia mmg mahu! Boleh di bilang cuma beberapa kali dlm sethn. Aku tidak tahu itu. Aku tdk tahu dia memakan hatinya sendiri bila mndengar aku pinta mmbawaku ke pasarbesar. Aku tidak tahu…aku tidak tahu itu semua.
Pernah haritu, dia asyik mngait buah kelapa tua…ah…besarnya bukan main. Lebih besar dr bola padang. Tinggi pokoknya hampir 4 kali dr rumah setingkatku. Dan tiba-tiba buah kelapa itu tetimpa bahunya dpn mataku. Trlepas galah brmata y berat. Y aku sendiri xmmpu mngngkat galah itu. Abahku Cuma senyap, terus brjalan ke dlm rumah, trduduk. Ah…trjerit aku ketika itu…”mak, abah kna timpa buah nyok!!!” terus kakak dn mak aku y mndengar mngipas2 d dapur. Hampir pengsan.
Pernah ketika dlu…abahku sering mngajak ku ke sisir hutan. Mncari buluh utk dibuat galah mngait kelapa. Beratnya bukan main. Nyamuknya brselerak! Takutnya aku dh tentu. Usung dgn mnggunakan motosikal cabuknya. Ah…tp byk brjasa! Aku sudah hmpir lupa semua itu. Aku tidak tahu, prkara ringkas, kebiasaan itu merupakn kenangan-kenangan y trsisip di benak mindaku. Semuanya aku tdk tahu itu dlu.
Pernah ketika aku brjaya ke sekolah teknik di pulau pinang dlu. Ketika kami sekeluarga masih menetap d gerik. setiap 2 atau 3 mnggu, asramaku mmbenarkn kami balik ke rumah. Y marahnya aku…sbb aku antara pelajar y pling jauh dgn rumah! Y lain semua sekitar butterworth dn parit buntar saja! Aku 2 3 kali ganda dr mereka! Dibenarkn balik slps semayang jumaat. Spt biasa, aku brlari anak blk dr masjid negeri pulau pinang y brsebelahan dgn sekolahku itu. Nk pastikn aku lebih cpt dr y lain. Siap.gegas aku naik bas loncat seringgit dr sekolah ke jeti. Utk menaiki feri. Slps feri brlabuh ke seberang, aku antara org pertama y keluar. Brlari anak lg utk mngambil bus ke baling, kedah. Ah…”bus bru je pergi 2mnt lepas dik”…kak kaunter melepaskn kata2 y mnggeremkan aku. Jd..trpaksa mngmbil bas 4ptg. Spt biasa, aku adlh antara org trakhir dr sekolahku mnaiki bus d jeti seberang itu. “abah, adk xsmpat naik bas ke baling pukol 3 lg”….itu kata2 seringku. Hanya kata2 biasa kerna aku ada tiket jam 4ptg. Tp, bas dr baling ke gerik telah habis kalau aku naik jam 4 ptg dr jeti itu!! prjlnn ku prlukn 3 bas dn 1 feri dr sekolah ke rumah. Spt biasa lg, abahku lah y trpaksa dtg ke baling y masih lg sejam ke rumahku utk mnymbung prjlnn balikku itu. Aku tdk tahu, dia trpaksa brgegas ke baling sejam awal dr gerik.walhal dia masih dlm penat bekerja!! Walhal dia langsung tdk beristirehat!! Walhal dia bru blk dr kerja berat buruhnya itu!! Ah..aku tidak trfikir semuanya!!!
Lantas, ingtn pd rakan2 seperjuangnku sekalian, hargailah ayah kalian ketika mna kalian masih lg dpt merasa kehangatan badannya. Sayangilah mereka walau kalian tdk dpt apa y kalian harapkn. Balaslah pngorbanan mereka sewajarnya. Jgn sptku, y trkejar2 setahun dlu hanya utk mencium pipinya setelah berita kematiannya smpai pdku y masih d johor.itu pun aku tidak sempat!!trkejar2 dgn bs y menipu, terkejar2 dlm tagisan menaiki teksi dr KL ke penang y juga memnta tambang mahal, beratusan. Tp, juga tidak smpat. mujur sebelumnya, aku sering dicium pipi dr nya setiap kali aku ingin mnjejak kaki ke matrik dn utm ini. Itulah kehangatan pipinya y akan kusimpan selamanya. Jgn hiraukn apa org lain kata jika dicium ayah. Jgn pedulikan mereka, kerna mereka masih belum tahu, siapa ABAH !!!!
Ku pohon kalian turut sama sedekahkan al fatihah pd arwah abah ku, Mohd Saad bin Awang…y masih segar d ingatanku….
Ku nurkilankan kepada diri dan siapa saja yang berasa dirinya kini dalam keadaan yang sedih atau jatuhnya iman.
Aku rindu saat itu, aku rindu masa lalu itu…bukanlah suatu masa yang terlalu lampau…tidak. aku rindu miliki rasa itu lagi, sungguh indah. sungguh. bilamana tak tersedarkan oleh lenaan mimpi, akan ada yang mengejutkanku untuk menunaikan solat. Bilamana masih sempat waktu jemaah di surau, kan laju menuruti anak tangga satu persatu bersama, atau kerapnya dengan menggunakan lif tersedia, Oh! Juga bersama dengan lain-lain dari tingkat yang berbeda-beda. Aku rindu.
Bilamana jika terlepas jemaah itu, membuka dan membuat jemaah baru bersama. Bilamana selesai solat sunat rawatib, Quran mula menyusul di bilik, seperti berlumba-lumba siapa paling banyak membaca, tajwidnya tetap cuba dijaga. Bilamana, hampir seluruh pelusuk mula berkata, “mereka sememangnya senantiasa bersama”. Oh, sungguh. Itu membuatku tersentuh. Kerna aku bukan cukup gagah perkasa seperti bulan yang seorangan yang senantiasa menuruti perintahNya. Aku juga bisa gagal. Aku bisa. Ku harus berdoa untuk terus disamping yang hebat amalnya. Bak pepatah yang sering berlegar di benak minda, “serigala lebih menyukai kambing yang bersendirian berbanding yang berada dalam segerombolan”. Serigala yang diibaratkan syaitan dan nafsu harakah yang membinasakan. Sama saja seperti sebatang lidi yang mudah dipatahkan berbanding serumpun lidi. Keras.
Seketika sesudah subuh itu, ku dapat suatu perumpamaan yang juga hampir jitu sepertinya. Tapi berlainan bagiku. Tersentuh. Kerna punyai bait-bait yang lebih mengopak rasa realiti dari sudut yang berbeza. Kata-kata itu memberi kesan kepadaku, sungguh, "kita seumpama sehelai kertas yang berlubang-lubang disana sini, namun ia ditampung dan ditutup rapi oleh helaian-helaian kertas yang lain. Sehinggakan seperti kertas yang sungguh baik jika diangkat bersama. Tersusun".Lubang bertompok itu umpama dosa-dosa mahupun kekurangan-kekurangan yang dimiliki.
Sungguh, iman itu punyai naik turunnya. Alangkah indahnya jika aku rasai sebegitu kini. Sungguh, ku bukan segagah ultraman, yang mampu kalahkan musuh walau tetap lampu merah terpahat didadanya menyala-nyala. Kuat. Hebat. Perkasa.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, JIKA kamu orang-orang yang beriman.” [Ali Imran : 139]
Ya…JIKA..jika…jika…
walaupun buat pertama kalinya tidak dapat menyambut Eidulfitr bersama ayahanda bersama atas pemergiannya pd 27 Oktober 2009, namun y hidup mst meneruskan prjlnn hidup (al-Fatihah). Kematian bukan sesuatu di dlm kawalan manusia mahupun mana2 makhluk. Bila malaikat maut dtg mnjemput, maka trputuslah amalan anak Adam kecuali ilmu y bermanfaat , sedeqah jariah dan doa anak y soleh. Jadi, marilah bersama mnjadi anak y soleh kpd ibubapa y masih hidup atau tidak, barulah memungkinkan doa diterima.
Sempena eidulfitr, saya memohon maaf kpd semua shbt handai y mngenali diri sejak kecil hingga sekarang.
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Ali- Imran : 134).
Dr kemaafan y ikhlas dr hati, mmbawa byk rahmah. Cuma mungkin trkadang kita x sedar dn leka dgn ketentuan dn ujian y diberikan, y indah d mata sbnarnya mmpu mmbawa padah jika disalahgunakan. Sepatutnya mst lah mncari pngajaran dn iktibar serta gunakan sebaiknya. Malangnya, menzahirkan ketidakmahuan hati y di berikan, mula mmbangkitkn dn mmbulatkn kesalahan atau syak wasangka sesama manusia, bahkan pd Tuhan y Esa. Na’uzubillah.
“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim).
“Bahawasanya di dlm jasad Adam ada seketul daging. Apl baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.”(Riwayat al Bukhari no.52 dan Muslim no.1599)
Hati itu dikuasai oleh cintanya. Cinta y brsemi d hati seharusnya ‘baik’, barulah memungkinkan hati menjadi baik, dan anggotanya menjadi baik. Tapi jika cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati dn jahatlah pula seluruh anggota badannya.
Berhati-hatilah menjaga hati dgn brhati2 meletakkn cinta d dlmnya. Jgn dibiarkn hati dipenuhi oleh cinta y jahat, buruk dn ‘cacat’. Bagaimana benih cinta y kita tanam dn suburkan d dlm jiwa, maka begitulah pohon y akan tumbuh dn brbuah pd fikiran dn seluruh tindakan.[Solusi isu 23]
“Sesiapa y mencintai Allah, maka ikutlah aku”. ( Surah Ali Imran,3 : 31)
Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).
Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.
Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan ‘Dome’ itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.
Knowledge is power indeed.
There's no doubt about that.
- Brian Kim
Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah – Umar – Abdul Malik.
Keduanya berada dlm kawasan Masjidj Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.
Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami’ atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama’ tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.
Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. “Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari
Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).
Sumber : Aqsa Syarif
Sumber Asal : Aqsa Syarif Johor
فِيْ حِفْظِ اللهِ ، وَفِيْ كَنَفِهِ ، وَزَوَّدَكَ اللهُ التَّقْوَى ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، وَوَجَّهَكَ فِيْ الْخَيْرِ حَيْثُ تَوَجَّهْتَ
Maksudnya : “Dalam penjagaan Allah, dan perhatianNya, muga Allah memberikan kepadamu ketaqwaan dan diampuni dosa-dosamu , dan muga Allah menunjukkan kepadamu arah kebaikan dimana sahaja engkau berada.