March 17, 2010

Nyamuk Itu Datang Lagi

ermm....kisah yang mungkin kita kurang hiraukan ketika ini. Mungkin. Tapi nyatanya...ada 4 kematian dalam kes ni hanya dalam seminggu dalam waktu berbeda. Buktinya...ada sisipan dari Berita Harian Online sekali...huuuu....

KUALA LUMPUR: Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac walaupun jumlah kes turun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan keseluruhan 38 kematian setakat tahun ini. Dr Mohd Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu "sindrom kejutan denggi". Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di "kawasan panas".

"Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama orang ramai. "Selagi terdapat tempat pembiakan, nyamuk aedes dewasa baru akan muncul dan menyebarkan penyakit. Oleh itu, amat penting bagi masyarakat memainkan peranan memusnahkan tempat-tempat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil. Mengenai penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 15 kes dilaporkan pada tempoh sama dengan penurunan sebanyak enam peratus berbanding 16 kes pada minggu sebelumnya dan tiada kematian baru. - Bernama

haaa...maka...UTM Skudai pun ada la amik gak langkah-langkah berjaga-jaga...Semburan demi semburan yang menyebabkan bukan saja nyamuk lari...ngan orang-orang skali tak tahan nak sedut udara nih. Fuhhh....menusuk perut. Tapi alhamdulillah..ada gak langkah berjaga-jaga.


beranak panah, kelihatan seperti bilik penulis...huuuu


hah!.ok.pastikan anda sempat sembunyik dari asap nih.walaupun macam tak bleh...haha

p/s: warga blok or kolej yang tak dak semburan tu...sila pastikan anda menyembur sendiri di bilik-bilik anda ye...sebab :

"mencegah lebih baik dari mengubati"....yeaaahhaaaa...

0 comments:

Post a Comment

soksek..soksek..