March 17, 2010

Nyamuk Itu Datang Lagi

ermm....kisah yang mungkin kita kurang hiraukan ketika ini. Mungkin. Tapi nyatanya...ada 4 kematian dalam kes ni hanya dalam seminggu dalam waktu berbeda. Buktinya...ada sisipan dari Berita Harian Online sekali...huuuu....

KUALA LUMPUR: Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac walaupun jumlah kes turun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan keseluruhan 38 kematian setakat tahun ini. Dr Mohd Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu "sindrom kejutan denggi". Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di "kawasan panas".

"Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama orang ramai. "Selagi terdapat tempat pembiakan, nyamuk aedes dewasa baru akan muncul dan menyebarkan penyakit. Oleh itu, amat penting bagi masyarakat memainkan peranan memusnahkan tempat-tempat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil. Mengenai penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 15 kes dilaporkan pada tempoh sama dengan penurunan sebanyak enam peratus berbanding 16 kes pada minggu sebelumnya dan tiada kematian baru. - Bernama

haaa...maka...UTM Skudai pun ada la amik gak langkah-langkah berjaga-jaga...Semburan demi semburan yang menyebabkan bukan saja nyamuk lari...ngan orang-orang skali tak tahan nak sedut udara nih. Fuhhh....menusuk perut. Tapi alhamdulillah..ada gak langkah berjaga-jaga.


beranak panah, kelihatan seperti bilik penulis...huuuu


hah!.ok.pastikan anda sempat sembunyik dari asap nih.walaupun macam tak bleh...haha

p/s: warga blok or kolej yang tak dak semburan tu...sila pastikan anda menyembur sendiri di bilik-bilik anda ye...sebab :

"mencegah lebih baik dari mengubati"....yeaaahhaaaa...

March 13, 2010

Who Work More!!!

owh...inbox ada email...kali ni tajuknya "Who Work More!!!"...terus je tepikir...wah...dah tentu para pekerja yang bertungkus lumus bekerja di negara-negara yang maju macam Jepun Korea yang sedia maklum dengan aktiviti kerja mereka sebagaimana. Ke kiri ke kanan...kerja kerja kerja...haish...!

Tak pun student-student yang banyak 'bekerja' dalam kampus. Huh dah terpikir gambar-gambar cun masa semuanya bekerja!!....

sekali yang keluar....cuma...


Girl Desk

then...

Boy Desk

hah...nampaknya email nih jauh pemikiran! bukan nak bagitau yang lelaki ni comperm-comperm banyak kerja. tapi supaya tidak perlu mengecilkan skop pemikiran walaupun rasanya dah besar bagi kita!! dijangka lain, terjawabnya lain. Hah, banyak lagi benda-benda yang tak terperasan pun bentuk-bentuk visual cam nih.

tu baru sikit tu...macam mana pulak penyampaian-penyampaian lain dalam kontek bentuk suara, video atau gambar. Tampak biasa. Cuma jangan berfikir seperti biasa. Cuba langkau sejengkal. Allah kurnia pikiran untuk berfikir. Cuma jangan sampai melanggar yang tak sepatut.
Tapi...yang tersirat lain pun ada dalam gamba ni. iaitu

"dan pakaianmu bersihkanlah", 74:4

".....Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.",9:108

yeaaahaaaa....

March 11, 2010

Memboikot Barangan Sweden

Allahu Akhbar...satu demi satu ujian yang ditimpa...kalau tidak kepada individu, tapi kepada masyarakat. ujian bukan semata-mata untuk menjatuhkan sesuatu individu/kaum/kumpulan tetapi menguji kebergantungan kepada Allah dalam melaksanakan tindakan-tindakan yang wajar serta tidak melanggar syariat bahkan akan cuba menggapai untuk lebih dekat 'berbicara' dengan Tuhan Yang Esa.

Tambahan mengenai kekacauan yang semakin kerap berleluasa sekarang dan mampu mengguris dan melukakan masyarakat Islam, kes-kes lukisan/lakaran Nabi kita, Muhammad S.A.W. terutama di Sweden. Sebahagian berita mengenainya dipetik :

Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.

Sumber : Berita Harian Online

Semoga kita semua bijak melaksanakan tanggungjawab. Tetapi ingat, segala tindakan yang dilaksanakan mestilah mencakupi tindakan yang bernas dan adil, malah bukan untuk mengharu-birukan keadaan masyarakat semasa kita di Malaysia.

March 10, 2010

Swan

LONDON - Para pengguna jalan raya kelmarin terpaksa mengharungi kesesakan lebih sejam disebabkan seekor burung swan duduk 'berehat' di tengah-tengah jalan raya di Kew Bridge, barat daya London, lapor sebuah akhbar semalam.

Lalu lintas mulai terhenti apabila burung itu enggan berganjak walaupun diusir menyebabkan pihak polis menutup satu lorong dan mengarahkan pemandu melalui laluan bersebelahan bagi memastikan burung tersebut berada dalam keadaan selamat.

Selepas sejam, burung itu akhirnya terbang dan keadaan trafik kembali pulih.

"Kejadian itu pelik kerana seekor burung boleh mencetuskan kucar-kacir kerana ia tidak mahu berganjak (daripada kedudukannya)," kata seorang saksi. - Agensi


An onlooker said: 'I was very impressed with the way the police cared about the safety of that swan.'

dipetik dari Kosmo dan bersumberkan dailymail.co.uk

p/s: itu polis dan pengguna jalan raya di sana. Hanya bila semata-mata seekor swan. Kita?[mencari penafsiran untuk diri sendiri....]

March 02, 2010

Tulang Menumpang

fuh...kemas meja...walaupun kelihatan tetap tak kemas....seperti selaluuuu...eh...tingkap kotor! tapi TERbiarkan pulak...adeh...hehe...eh2....tapi ni apa?!!

owh...tulang...errmmmm...ngat kan apela...
aik?tulang?datang mana pulak tulang comeyh ni kat tingkap cun bilik aku nih? pelik plak...owh...lupa...aku dok tingkat 3...ada 6 tingkat lagi kat atas kepala aku nih...adoih....hampeh punya orang atas....!tulang buang merata...haish.

eh...tapi...nape cam pelik sket a.k.a. unik sangat tulang nih? putih plak tuh...bole la tahan...ah...buang je lah..tulang je pun..ye....tulang....

[LEPAT: dalam wayang Santau]

then...bila jari telunjuk + jari hantu + ibu jari nak sampai je....loh!! GIGI!!! AAAAAaaaaaa....gigi mamat mana plak dah nih!!agak besar la untuk kategori gigi!!....haish....belubang plak...hadoyai...whheewwww...



[watak pertama]


[watak kedua...hehehe....adeyh!]


[jenjenjeng~]