Allahu Akhbar...satu demi satu ujian yang ditimpa...kalau tidak kepada individu, tapi kepada masyarakat. ujian bukan semata-mata untuk menjatuhkan sesuatu individu/kaum/kumpulan tetapi menguji kebergantungan kepada Allah dalam melaksanakan tindakan-tindakan yang wajar serta tidak melanggar syariat bahkan akan cuba menggapai untuk lebih dekat 'berbicara' dengan Tuhan Yang Esa.
Tambahan mengenai kekacauan yang semakin kerap berleluasa sekarang dan mampu mengguris dan melukakan masyarakat Islam, kes-kes lukisan/lakaran Nabi kita, Muhammad S.A.W. terutama di Sweden. Sebahagian berita mengenainya dipetik :
Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.
“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.
“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.
Sumber : Berita Harian Online
Semoga kita semua bijak melaksanakan tanggungjawab. Tetapi ingat, segala tindakan yang dilaksanakan mestilah mencakupi tindakan yang bernas dan adil, malah bukan untuk mengharu-birukan keadaan masyarakat semasa kita di Malaysia.
2 comments:
Anda ada senarai produk Sweaden?? Kalau ada tolong keluarkan..
setakat hari ini....saya masih belum dapat sumber yang jelas mengenai produk tersebut. InsyaAllah saya akan sampaikan mana-mana yang saya tahu...afwan
Post a Comment
soksek..soksek..