March 10, 2010

Swan

LONDON - Para pengguna jalan raya kelmarin terpaksa mengharungi kesesakan lebih sejam disebabkan seekor burung swan duduk 'berehat' di tengah-tengah jalan raya di Kew Bridge, barat daya London, lapor sebuah akhbar semalam.

Lalu lintas mulai terhenti apabila burung itu enggan berganjak walaupun diusir menyebabkan pihak polis menutup satu lorong dan mengarahkan pemandu melalui laluan bersebelahan bagi memastikan burung tersebut berada dalam keadaan selamat.

Selepas sejam, burung itu akhirnya terbang dan keadaan trafik kembali pulih.

"Kejadian itu pelik kerana seekor burung boleh mencetuskan kucar-kacir kerana ia tidak mahu berganjak (daripada kedudukannya)," kata seorang saksi. - Agensi


An onlooker said: 'I was very impressed with the way the police cared about the safety of that swan.'

dipetik dari Kosmo dan bersumberkan dailymail.co.uk

p/s: itu polis dan pengguna jalan raya di sana. Hanya bila semata-mata seekor swan. Kita?[mencari penafsiran untuk diri sendiri....]

0 comments:

Post a Comment

soksek..soksek..